Sunday, July 3, 2011

Persediaan Awal

Dah lama tak jenguk blog ni sebabnya tak ada cerita gubah menggubah terbaru.Tapi tak bermakana tak ada aktiviti langsung tau! Berita terbaru anak perempuan ku akan bertunang tak lama lagi~ bulan sepuluh ni ok..so aku dah start menyibukkan diri ..tiap kali keluar aku akan beli a few barang yg aku berkenan. aku dah buat satu kesilapan bila aku beli dulang kat kedai kecil di Bestari Jaya~ terlampau teruja konon..dan aku baru tahu dah ada 2 3 buah kedai bunga yg baru dibuka di kuala selangor!nyesal tapi apa boleh buat!Tapi untuk senangkan hati dulang yg aku beli tu ala2 antik tetap akan jadi menawan bila di hias dan di gubah ok.

Kat bawah ni aku rakamkan barang2 yang aku dah beli dan terbeli..hehe.




Di bawah ni ialah bekas gelas,aku jumpa kat supermarket di sg buluh. Entah kenapa aku suka sebb shape nya yg berbentuk hati dan aku nak buat sireh junjung bentuk gubahan V Insyaallah .Jadi aku dah bayangkan bila aku letak gelas dalam tu aku akan masukkan beberapa daun helai sireh dan biarkan untaian bunga melur terjuntai sedikit di mulut gelas tu..hehe.



Hari tu bila anak2 berkumpul di rumah sempena hari ulang tahun Ayum ,kami setuju pula ke Nilai 2 ,maklumlah kalau cuti tak keluar tak sah kan . Jadi sampai lah kami ke sana dengan tujuan nak cari carpet yg imbas2 macam di rumah~alasan nak tambah nanti kalau orang datang ramai2 tak cukup pelapik punggong.

Di sana suami yg pakar beli carpet tak jumpa apa yg dia hajat tapi anak ku amad dan alan sorang satu beli carpet yg berbulu kilat2 tu. Dan aku pula jumpa burung comel dan gelas berkaki untuk letak bunga rampai dan sudah tentu dengan bekas cincin sekali.

Harga burung tu 3.90rm sekor ,comelkan. bekas bunga rampai 15rm satu dan bekas cincin 35rm satu.







Sekian dulu ,selamat menempuh hari baru untuk semua!!