Monday, June 29, 2009

MODAL YANG PERLU KAMU FIKIR

Harga kedai yang ditawarkan pada ku 350 k .Jadi aku fikir kalau aku boleh dapat loan mungkin aku kena bayar semula sebanyak 3 k sebulan. Jangka masa mungkin dalam 15 tahun .

Congak nya memang mudah. Monthly average sale 40 k .Tolak nilai barang separuh tinggal 20k. Tolak sewa kedai 6k dan gaji jurujual 2 orang sebanyak 2k.Dan 1 k untuk bil api air dan lain2.Dari situ aku dapat untuk bersih sebanyak 11 k.

Ok. Katanya aku perlu bayar loan 3k sebulan ,kalau mahu cepat hutang ,aku bayar double iaitu 6 k jadi aku masih ada dalam 5k. Nampak masih UNTUNG kan?


Anak sulung ku pun berkata masih untung.....


APA YANG AKU FIKIR IALAH.....

1)dari 5 k itu aku kena beli barang baru untuk tambah apa yang sudah kosong di jual dan aku tak fikir barang yang 20 k yang terjual sebulan itu mampu untuk aku bayar dengan 5 k yang aku dapat.

2)Dan jika aku mampu ( ) settlekan hutang ku selama 15 atau 20 tahun (kalau aku belum mati) dengan pendapatan less then 5k sebulan.Premis kedai itu tetap bukan milik aku yang mutlak. Aku tetap terus membayar sewanya yang mungkin akn dinaikkan oleh management setiap tahun mengikut ekonomi semasa dan pasaran.


APA YANG ORANG TIDAK TAHU......

Owner of the premise tu sedang mengembangkan sayapnya dengan membuat perniagaan secara franchais.

Dengan harga 350k dan tidak menukar nama kedai mereka mungkin boleh untung beratus ribu atas angin tanpa bersusah payah. Kos renovation katanya sebanyak 70 k .Baki 280k. Tolak nilai barang ...jika sebulan berniaga nilai barang yang terjual beharga 20 k...berapa banyak barang dalam stok agaknya yang berada dalam sesebuah kedai/atau untuk berapa jangka waktu..mungkin 3 atau 4 bulan? so saya kali dengan 4 jadi 80k.

Pada hemah saya mereka dengan senang untung sebanyak lebih kurang 200 k...apa betul atau tidak cara saya CONGAK?

Kerana mereka sudah ada nama jadi mereka boleh set up premis yang sama dan kemudian francaiskan sekali lagi...mereka tidak rugi apa2 malahan dengan pengalaman mereka ..mereka sudah boleh jadi supplier satu hari nanti.





No comments: