Saya namakan ank kucing yang comel ni Pushie .Dalam perjalanan pulang kerumah saya terfikir juga tentu ibunya akansedih dan tercari2 dia nanti tapi saya tak sampai hati nak tinggalkan dia takut jatuh lagi ,lagi pun anjing banyak berkeliaran di situ. Malas fikir panjang lagi terus bawa pulang.
Saya bagi dia minum susu tepung Fernleaf yang dibancuh .Dia dah pandai jilat jadi saya tak bagi dia botol. Kemudian saya cuba bagi dia nasi yang digaul dengan isi ikan ,pun dia makan ..alhamdulillah dia membesar dengan sihat .Saya pun dah lupa detik2 dia membesar tapi cepat sungguh ,kemana ada saya atau ahli keluarga di situlah dia. Kalau kami berlari dia akan mengejar kalau kami kejar dia akan lari ,tak kiralah kadang2 dalam rumah kadang2 di luar rumah. Oleh kerana kawasan rumah kami amat besar dan tidak berjiran ,Pushie tak pernah jumpa kuching lain.Dia bagai anak kecil yang suka didukung dan jika dia mahu tidur dia mahu tempat yang ada orang kalau kami di sofa dia akan tidur di sofa kalau kami sedang main computer dia akan naik atas meja computer dan lelap di situ.Petang-petang bila kami keluar bermain dia juga turut kami bermain.Bila waktu makan dia pun akan duduk atas kerusi walaupun kita dah bagi dia makan di tempatnya, sebab dia tak mahu lepaskan peluang untuk makan bersama2 kami. Bagi je apapun dia akan makan sebab dia yakin apa yang kami makan dia boleh makan kadang2 rasa lucu tapi sungguh tak pernah sekalipun dia panjat atas meja ,letaklah ikan atau chocalate kegemarannya selagi kita tak ambil dan letas atas bangku dia akan duduk dan tunggu di situ.
Bela Pushie amat mudah ,bila besar dia sudah pandai berak di luar jadi tiap kali dia mahu keluar untuk kencing atau berak dia akan mengiau sambil berdiri depan pintu ,tanda dia mahu keluar.Biasanya saya akan teman dia keluar maklumlah dalam kawasan ladang kelapa sawit ni kadang2 ada anjing liar yang curi2 masuk dalam kawasan kami walaupun ia berpagar.
Pushie sangat teruja kalau ada orang datang ke rumah tak kiralah siapa yang datang siaplah dia akan masuk dalam kereta untuk menghidu kemudian akan terus mengikut tetamu masuk ke rumah atau sekadar duduk di halaman rumah . Kalau ada yang takut dengan dia dan cuba lari dia akan mengejarnya kerana salah paham orang mahu bermain dengan nya ,ada yang terjerit-jerit kerana takut ..waktu itu size badannya sudah besar.
Satu hari ada tetamu asing buat Pushie, seekur kucing tompok hitam putih datang ke rumah kami. Perangai Pushie amat janggal waktu itu seboleh2nya dia memanggil kucing itu untuk masuk kedalam rumah kami.Dua tiga kali dia keluar dan masuk ke dalam rumah sehinggalah tetamu istimewanya itu akhirnya masuk kedalam. Adakalanya dia mengelilingi kucing itu seperti tidak percaya ada makhluk sejenis dengan nya. Bila dia cuba menghampiri kucing itu akan menepis muka Pushie sampai meninggalkan parut calar bawah mata kanannya. Tapi dia tak berganjak seperti tak puas menatap muka tetamu istimewanya itu.
Dua hari kucing itu berada di rumah hari ketiga dia hilang,kami dapat tahu dari pekerja ladang ada kucing mati kena langgar dekat jalan berdekatan bunglow kami tinggal jadi kami pasti kawan baru Pushie sudah pergi selamanya. Sejak hari itu Pushie seperti tidak tenteram tinggal di rumah dia mula belajar berjalan ke luar kawasan pagar ,ada masanya aku mengekori dia dari belakang sebab masih bimbang keselamatan Pushie.Apabila dia berjalan semakin jauh dari perkarangan rumah aku tidak lagi mampu mengekori dia terpaksa akur akan kemahuan nya ingin bebas.
Namun Pushie akan tetap pulang ke rumah untuk makan ,ikan rebus sardin kegemarannya. satu hari Pushie pulang dengan pahanya berdarah kena gigit anjing . Aku cuma bubuh lotion kuning yg sentiasa ada di rumah. Esuk pagi Pushie demam ,dan kami bawanya jumpa Vet...kasihan bila lihat dia di inject ,di cukur dan di belah dagingnya untuk cuci lukanya yg bernanah dan dalam tu. Bila selesai dijahit dan mengambil ubat aku bawa Pushie pulang ...Bila dia sedar dia mula aktif semula ,Alhamdulillah.apabila dia benar2 sihat dia mula keluar rumah semula kali ini dia sudah jadi jagoan sudah tahu bagaimana menyelamatkan diri dari anjing2 liar ,dari pulang kerumah setiap hari dia kadang2 pulang selepas dua malam atau tiga malam . Dan setiap kali pulang aku akan peluk dia cium dia sebab rindu ,kemudian biar dia merayu minta aku keluarkan ikan rebus dari peti ais(yang memang tak pernah putus) Cara dia merayu dengan menggesel2 badannya pada kaki ku ,kalau lama sangat dia akan gigit terus itu tanda dia terlampau lapar lah...lahapnya dia makan kerana kelaparan, kemudian dia akan tidur sebelah ku ,waktu itu kalau nak conteng muka dia ke nak buat apa pada dia pun dia dah tak kisah sebb terlalu letih dan mengantuk agaknya.
Bersambung....

No comments:
Post a Comment