Monday, July 16, 2012

~ Ipot

Hari ini aku masih memikirkan nasib kuching yg tidak lagi mendapat  perhatian tuannya itu. Tuannya tidak membuangnya di tepi jalan atau restoran atau market yang kebiasaaan di buat oleh orang lain tetapi memilih meletaknya di Klinik Kitty's Cottage. Dengan membayar RM 20 ,kuching cacat itu di bawa ke sini dan  ditinggalkan  .

Melihat kuching cacat itu bukan nya susah untuk mendapat simpati dari pencinta2 haiwan seperti aku dan anak2ku. Keadaan bibir bawahnya yang lebih panjang memnbuatkan gigi taring bawahnya terkeluar dan air liurnya sentiasa melilih kerana tidak dapat nenutup mulut. Manakala kaki belakangnya juga pendek dan dia tidak dapat berjalan dengan menegakkan tulang belakangnya.

Sebab keadaannya yg begitu kuching ini tidak mampu mempertahankan diri apatah lagi untuk melarikan diri jika diserang.Alhamdulillah masih ada sedikit rasa kasihan tuannya tidak sampai hati melepaskan nya  ke dunia luar sana.Sekali pandang anak ku dan aku sudah rasa kasihan pada haiwan ini ,apalah sangat dengan segenggam biskut kuching pada siang dan malam hari untuk mengisi perutnya berbanding dengan makanan yang Allah swt berikan pada kami .Mudah2an tuannya akan merinduinya suatu hari nanti dan datang menjenguknya sebab siapa tahu makhluk ini juga mempunyai perasaan yg sama pada tuannya.


Sambungan ,hari ini 19 hb 7 ,tuan nya datang jumpa Ipot. Cantik orangnya sedang berbadan dua, bersamanya ialah ibu mertuanya . Katannya minggu ini dia tak boleh datang ambil sebb nak ke Pontian hantar ibunya pulang...sayang sebenar nya dia dengan Ipot ni yg dianggap amat istimewa... Ibu mertunaya yg tidak selesa dengan kecacatan Ipot takut2 menantunya terkenan dan cucu yg bakal lahir pun jadi macam Ipot..bidaah bidaah.

No comments: