Monday, July 16, 2012

Che'Tam

Ini pula kisah anak kuching yang dipungut oleh anak ku sebelum klinik ini dirasmikan lagi. Kata ankku, anak kuching ini terjatuh dalm parit patutlah kotor betul bulunya.Berkeping2 bulunya yg warna hitam dan sedikit warna putih di hidung dan bawah dagunya  juga sedikit di hujung kakinya .Muka nya sangat kecil jadi sepasang telinganya nampak besar macam telinga anjing. Misainya panjang dan bewarna putih macam misai memerang.Aku tidak mandikan dia terus sebab tanah yg melekat pada bulunya sudah kering dan keras jadi aku cuci sikit2. Mula2 aku cuci bahagian ekurnya saja . Esuk bahagian telinga dan mukanya ..kemudian kakinya begitulah sampai satu hari tu anak mandikan dia dengan shampoo tanpa air dan tak perlu bilas ,shampoo mahal tu.

Waktu mula sampai dia banyak menjerit bila diletakkan dalam kandang dan nafsu makannya boleh tahan . Sehari sepaket makanan basah tak berapa nak cukup untuk dia seekur. Hari demi hari Tam dah mula paham dan cerdik . Dia mudah dapat kawan . Bila waktu dia dikeluarkan dari kandang dia kan bermain sepuas2nya dan bahan mainannya ialah kami ,diterkam dan digigitnya kaki atau tangan kami ,di kejarnya kaki kami kalau kami berjalan .

Bila Ginger ,seekur kuching jantan berbulu tebal dan hidung penyek sampai ke klinik dia menjadi penyelamat kami kerana dia dah jadi kawan bermain Tam . Lucu bila lihat dia mengejar Tam ,Tak ubah macam dalam filem Tom n Jerry Show. Aku harap lama kelamaan kuching cacat yang aku ceritakan sekejap tadi akan join menjadi kawan baik mereka berdua dan dapat bermain sama2 .Sekurang2nya dia dapat merasai erti persahabatan dan keikhlasan ,ya mudah2an.


No comments: