Dah seminggu tak jenguk klinik macam berkurun lamanya ,apa tidaknya dalam seminggu itu macam-macam kisah yang boleh berlaku. Dengan sedih aku menerima berita melalui pesanan ringkas bahawa Ipot dan Uda dah tiada. Maksud aku bukan dah pulang kepada tuannya tapi pulang menemui PenciptaNya. Aku sedih ? Macamana pula dengan tuannya ?Jawab anak ku tuannya menangis tak henti-henti menyesali diri kerana meletak Ipot di situ. Sememangnya tempat Ipot bukan di situ tapi kalau Ipot tidak ke situ aku tak akan mengenali Ipot . Mudahan ada hikmah untuk tuannya .
Ipot memang seekur kuching yang sangat istimewa. Aku amat terkilan apabila Nina menolak keinginan Ipot untuk bermesra . Aku tak nafikan dalam dunia binatang pun yang betina akan memilih siapa yang bakal menjadi bapa kepada anak-anak mereka . Mereka akan memilih yang berani dan kuat untuk survival baka mereka . kasihan Ipot tak berkelip matanya bila memandang Nina sedang mengedik2 depan Ginger. At that moment i wished of finding him a nice partner . Rupa2nya aku tak berkesempatan....
Kesudahannya aku buat rumusan di klinik ini ada nyawa binatang yang dapat diselamatkan tapi ada yang tidak .Seperti Doktor manusia juga kerana ,mereka bukan Tuhan.Mereka hanya dapat lakukan yang terbaik atas rasa tanggung-jawab. Apabila berjaya mereka rasa amat puas tetapi bila gagal memang nampak down .Untuk Tuan Ipot ,memang akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkan rasa sedih dan rindu namun saya amat yakin memori Ipot akan sentiasa indah dan tersimpan dengan baik dalam diri Puan.

No comments:
Post a Comment