Tuesday, August 7, 2012
Penginapan Kuching
Semasa di klinik cuma ada 6 sangkar yang berpenghuni.Hari Isnin warga klinik bercuti jadi kamilah penggantinya sebagai latihan awal untuk membersih sangkar2 kuching tu.Tak lama lagi hampir 30 ekur tetamu yang dah booking sangkar2 tu untuk Hari Raya akan menghuni klinik ni jadi kenalah siap sediakan.
Bangun je pagi-pagi ,semua bekas makanan dan bekas pasir akan di keluarkan dari sangkar . Dulang pelapik sangkar pun jika kotor akan dikeluarkan untuk dicuci .Pasir yang ada tahi akan di tapis dengan penapis dan akan di tambah dengan pasir baru. Bekas makanan dicuci dengan air dan dikeringkan sebentar.
Setiap sangkar akan dilapik dengan kertas ,jika kertas koyak atau kotor juga akan diganti . Kemudian bekas pasir akan diletak semula begitu juga dengan bekas makanan.Hanya enam bekas pasir dan bekas makanan pun kerja agak kelam kabut contohnya bila buka je sangkar kuching keluar dan lari merata-rata. Sekarang dah tahu sebelum keluarkan bekas makan transfer kuching tu dulu ke kandang kosong .
Pembantu yang kuat tido ,dimaafkan kerana kerjanya dah beres....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment