Akhirnya sampai juga waktu aku akan berangkat ke Mekah ,ia itu hari ini penerbangan pukul 4 ptg dan aku berserah diri sebulat nya pada Yg Rabb , mudah2an semua yang aku tinggalkan iaitu anak-anak dan harta ku dalam keadaan selamat sehingga aku kembali.Minta2 semua lakukan kewajipan mrk dengan penuh bertanggung jawab.
Semalam macam biasa week end aku ngan anak2 tidur di klinik kemudian sewaktu pulang lepas mandi kami join dengan keluarga besan berbuka puasa di Putra Jaya Convention Center ,disamping ada orang belanja aku makan ,dapat juga hadiah berupa maxi dan seluar putih yg bersulam campur duit raya ,aduh tersentuh betul perasaan ni tapi tak dapat nak tunjuk . Seabelum tu di klinik aku dapat berjumpa semula dengan Iron bila tuannya lagi sekali bawa dia ke klinik untuk boarding sampai hari raya.
Sedih sungguh lihat keadaan iron yang semakin kurus. Bila aku gosok tubuhnya dari atas kepala sehingga ke bawah badannya ,aku cuma rasa lekuk2 dan benjolan tulang keras ,langsung tak temui isi hanya kulit dan bulu yang masih melekat pada tulang2 keras tu ,astaghfirullahalazim . Iron tak lalu makan kecuali secara paksa.Sebaik saja tamat waktu business aku keluarkan iron dari sangkar mulanya dia tak dapat berjalan dengan tegap mungkin lama sangat dalam sangkar tapi akhirnya dia dapat berjalan..suka sangat dia explore klinik tu walaupun dia akan berihat selepas beberapa langkah berjalan . Dalam dirinya itu aku masih lihat ada semangat teruskan hidup walaupun dlm apa keadaannya . Dia masih suka kalau bulunya di gosok,that's the best part ,knowing someone cares for him .
Ok lah rasanya lepas entry ni mungkin lambat pula akan ada entry baru...my doa semoga Kitty's Cottage akan terus berjaya merawat dan menyelamatkan binatang2 manja dan comel ni and "Iron be strong ,Insyaallah we will meet again in 3 wks time.Wait for me OK."
No comments:
Post a Comment