Friday, January 4, 2013

Syabas Dr

Sebenarnya banyak kisah yg berlaku dlm klinik ni yang hendak aku tulis tapi kadang-kadang masa terlampau padat buat aku tak sempat dan hampir terlupa apa yang hendak aku tuliskan.

Hari ini ada 2 kes ibu kucing bunting gajah dan terpaksa di bedah untuk keluarkan anak mereka, yang kesemuanya mati dalam perut. Satu lagi kucing yang rahimnya bengkak penuh dengan nanah . Ketiga-tiga rahim kucing ini terpaksa dibuang.

Dulu ,kawan ku yang anaknya baru jadi doktor pernah cerita pengalaman-pengalaman anaknya semasa baru-baru buat housemanship . Kisah bagaimana dia tak jumpa salur darah pesakit dan dimarah oleh pesakit kerana terpaksa mengulang beberapa kali untuk menyucuk jarum masuk ke dlam saluran darah.Cerita bagaimana dia rasa mahu pitam kerana terpaksa bekerja terus-terusan tanpa dapat rihat. Cerita bagaiaman bau busuk setiap kali menyambut budak baru lahir kedunia.

Kali ini aku tak perlu dengar anak ku bercerita. Aku cuma perlu berdiri dan perhati sambil menolong apa yang patut . Semua itu berlaku sama saja pada kucing-kucing di klinik ..aku dapat bahu hamis ketika Vet sedang operasi mengeluarkan bayi-bayi kucing yang sudah mati dalam perut.Aku dapat lihat bagaiman susah nya Vet mahu mencari saluran darah pada kucing yang badannya kekurangan air atau terlalu kecil.Aku lihat bagaimana tangan Vet baru kami menggigil setiap kali mahu melakukan operasi berat ,ada kala dia menangis sebb hiba dengan nasib binatang tersebut...semua ini kerana mereka bermain dengan nyawa ,hidup atau mati..
Walaupun mrk hanya Dr Haiwan aku ucapkan syabas dan syukur pada Tuhan.

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalam...saya ada kucing kampung yg selalu datang dan saya kasihan dan beri kucing tu makam selepas itu mengandung dan baru2 ni nmpk mvm nk bersalin sebab keluar darah saya tunggu 2 hari tak bersalin lg kemudian sya bawa ke klinik vet utk tgk pegawai tersebut beritahu anak nya dah mati dan perlu oparate utk mencuci kandungan tersebut srlepas 5 hari luka pembedahan tersebut keluar nanah lagi sekali saya bawa utk dirujuk dgn vet swasta pula dr ckp luka teruk dan penuh nanah dr tu telah mencuci dsn jahit semula. Tetapi selepas 2 hari sya tgk luka tersebut madih belum baik dan bernanah blk kali dengan ada lubang bekas jahit besar apa yg saya perlu buat saya rasa bersalah dan kesian kt kucing tu saya pulak dah kurang duit utk ke klinik vet swasta yang lain. Tolong saya apa yg patut saya buat dan ubat apa yg diperlukan utk saya membuat rawatsn sendiri....tolong sangat2 saya kesian kt kucing ni dengan anak yg mati kasihan.....