Ada sorang hamba Allah ni datang dengan anak-anak remajanya bawa seekur mama kucing dengan 3 ekur anaknya yg lasak .minta boarding dan carikan keluarga angkat. Alasan dia nak dapat cucu..So pihak kami bagi letak 2 hari untuk cari keluarga angkat ...sehari demi sehari selepas dua hari berlalu dan panggilan demi panggilan kami buat akhirnya dia muncul..bil mencecah seribu lebih tapi katanya dia tak mampu dan tak ada duit sebanyak itu jadi kami cuma minta harga sekampit makanan sahaja..
3 ekur anak kucing di bawa pulang tapi si ibu diminta agar dimandulkan..dan peristiwa berulang selepas dimandulkan hari demi hari dan panggilan demi panggilan di buat dan kini masuk lagi sebulan ...persoalannya apa yg PATUT kami buat pada manusia jenis ini ???
Akhir sekali aku suruh anak perempuan ku hantar message mengatakan dalam seminggu jika ibu kucing ini tidak diambil kami akan lepaskan nya ,maka semalam tamat sudah tempuh seminggu dan sebagai menunaikan janji kucing itu pun kami lepaskan ....
No comments:
Post a Comment