Sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan kenangan ku menjaga 2 ekur kucing sphinx ni. kedua-duanya sudah meninggal . Aku rasa anak aku pun tak tahu nama kucing tu apa sebab mereka diambil dari tuan nya yang katanya baru diberi oleh seorang sahabat atas alasan malas dah nak bela.
Oleh kerana spesis ni very rare aku terpaksa refer internet untuk mengetahui serba sedikit hal penjagaannya ...rupa2nya spesis ini perlu tempat untuk memanaskan diri mereka sebb kulit mereka tak ada bulu dan badan mereka juga sentiasa mengeluarkan haba dan kita kena selalu lap dengan tuala basah jika tidak kulit mereka akan berminyak . Mereka juga spesis yg memang kuat makan.yang paling interesting yang aku tahu rupa2 nya kucing ini adalah spesis yang sangat manja walaupun rupanya nampak ganas..atau mirip rupa anjing tua yg kurus.
Dari saat itu aku selalu lepaskan mereka dari kandang sebelah malam untuk bermain dengan mereka. Yang seekur ada masaalah penghadaman dan yang seekur lagi ada kencing manis.Pantang je aku duduk atas lantai mesti mereka akan datang duduk antara paha ku sambil merenung mataku ,entah apa yang mereka fikir.
Linkungan sebulan juga aku bersama mereka ,sedihnya bila lihat yg sekur tu dah tak selera makan dan tak aktif.Badannya terus melidi ,dahlah memang jenis rangka .Bila badannya susut dan layu aku tak dapat nak menahan sebak setiap kali melihat keadaannya .Akhirnya dia pergi juga ,waktu itu aku tak ada di sisi dia jadi selamatlah air mata aku.
Tinggal yg si ibu pengidap kencing manis. Sewaktu dia sampai luka di bibirnya yang kena cakar dengan kucing Tuan barunya tu kecil saja.Tapi adatlah luka kecil yang dalam tu memang susah nak baik dan semakin merebak menjadi besar satu pipi sehingga ke biji matanya yang hampir-hampir terjojol keluar. Setiap kali aku mahu memegangnya, dia mengelak seperti tak suka atau was-was ,mungkin sakit ,mungkin juga deria pandangan nya dah kabur tapi dia terus hidup kerana selera makannya masih ada . Aku hanya dapat melihat keadaannya dalam kandang dengan sayu kerana waktu ini aku dah tak lepaskan dia keluar .
Dua hari aku pulang ke Putra Jaya ,bila sampai je ke klinik aku lihat kandangnya kosong dan hati aku juga seketika seperti turut kosong. namun aku bersyukur kerana dapat bersama kucing2 tanpa nama ni untuk sekian waktu. Tamat lah kerja staff aku yang saban hari mencuci pasir dan bekas mereka setiap hari kerana mereka memang kuat buang najis. Tamat juga penderitaan mereka selama ini.
Sampai saat ini walau dah agak lama mereka pergi ,aku masih terbayangkan mereka dan pengalaman ku bersama mereka .Tuan barunya pun tak akan rasa apa yang aku rasa...

No comments:
Post a Comment