Sunday, July 29, 2012

Selamat Jalan Ipot.

Dah seminggu tak jenguk klinik macam berkurun lamanya ,apa tidaknya dalam seminggu itu macam-macam kisah yang boleh berlaku. Dengan sedih aku  menerima berita melalui pesanan ringkas bahawa Ipot dan Uda dah tiada. Maksud aku bukan dah pulang kepada tuannya tapi pulang menemui PenciptaNya. Aku sedih ? Macamana pula dengan tuannya ?Jawab anak ku tuannya menangis tak henti-henti menyesali diri kerana meletak Ipot di situ. Sememangnya tempat Ipot bukan di situ tapi kalau Ipot tidak ke situ aku tak akan mengenali Ipot . Mudahan ada hikmah untuk tuannya .

Ipot memang seekur kuching yang sangat istimewa. Aku amat terkilan apabila Nina menolak keinginan Ipot untuk bermesra . Aku tak nafikan dalam dunia binatang pun yang betina akan memilih siapa yang bakal menjadi bapa kepada anak-anak mereka . Mereka akan memilih yang berani dan kuat untuk survival baka mereka . kasihan Ipot tak berkelip matanya bila memandang Nina sedang mengedik2 depan Ginger. At that moment i wished of finding him a nice partner . Rupa2nya aku tak berkesempatan....

Kesudahannya aku buat rumusan  di klinik ini ada nyawa binatang yang dapat diselamatkan tapi ada yang tidak .Seperti Doktor manusia juga kerana ,mereka bukan Tuhan.Mereka hanya dapat lakukan yang terbaik atas rasa tanggung-jawab. Apabila berjaya mereka rasa amat puas tetapi bila gagal memang nampak down .Untuk Tuan Ipot ,memang akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkan rasa sedih dan rindu namun saya amat yakin memori Ipot akan sentiasa indah dan tersimpan dengan baik dalam diri Puan.

Monday, July 23, 2012

Selamat Dari Virus

Dah lupa nama kucheng ni ,masa datang ke klinik ada dua ekur ,yang seekur demam dan yang seekur cirit .. dua-dua kena kuarantin. Sebab tu tak berani dekat dan main2 dengan mereka. Sedaranya tak dapat diselamatkan kerana virus dah menular sebelum datang . Pada mulanya seperti kucheng ini juga dijangkiti dengan cirit biri tetapi lepas seminggu tahinya mula ok semula kata Vet nampaknya anti bodynya kuat melawan virus tersebut~ mudah2an dia sembuh 100%. Tuannya bilang ,4 ekur kucheng yang tinggal di rumah nya juga sudah mati kerana chirit-birit dan muntah.

Ginger's Lunch's being Ambushed

Makanan Ginger memang spesial sikit ..dia tak akan makan selagi tuannya tak gaul makanan basah dalam tin  yg tuannya  simpan dalam peti ais tu. Makanan tu sebenarnya untuk patients yang tak lalu makan atau yg giginya masih tak kuat nak mengunyah..Walaupun Ginger tahu dia tak peduli setiap kali tuannya buka peti ais dia akan cepat2 datang dan jadi penghadang pintu itu dari tertutup  .Hmm hari tu  masa tuan nya bagi dia makan semua penghuni KC masih ada di luar ,jadi apa lagi bila terbau saja makanan Ginger yg spesial tu Che Tam ngan Uda terus serbu ,Ginger tak marah tapi dia langsung tak bagi peluang untuk che Tam dan Uda makan sebb muka dan kepalanya yg besar tu  muat2 untuk saiz mangkuk makan tu. Haha kesian Tam ngan Uda!

Sunday, July 22, 2012

Ipot Dapat Tilam Baru

Oh ya ,semalam kami empat beranak tidur di klinik ,aku ngan ayum tido atas sofa bed manakala yang dua lagi bentang tilam toto ..ada dua ekur kucheng yang paling suka sangat pada tilam toto kami ni , Si Tam dengan Ipot. Jadi esuknya aku cakap ngan vet untuk jadikan satu pet's bed yang atas rak tu digunakan untuk penghuni klinik ,tanya harga atau unit kos ,mahal juga tapi aku kata tu kira long term investment lah ..motto klinik ini,kita kena anggap haiwan juga mempunyai perasaan yg sama spt manusia...bila aku letak je pet's bed tu atas lantai Ipot pun naik dan duduk macam dialah yg booking terus tak mahu bangun2..tak apelah kataku bagi je peluang pada dia dulu...lagipun dia nampak sungguh comel sayangnya bateri kamera ku dah lemah tak dapatlah tangkap gambar Ipot yg sedang baring2 santai tu ,lain kali insyaallah.


Kucheng yg ku panggil Iron

Semalam Kucheg yg aku panggil Iron tu dah mula makan .Rupa2nya bila Vet buat routine check up ,didapati hidungnya tersumbat .Setelah dicuci dan dibubuh ubat tiba2 je nafsu makan Iron datang ,mungkin dia teramat lapar maklumlah dah lama tak makan.  Manusia pun kalau tekak dia pahit atau hidungnya tersumbat mana nak lalu makan sebb bau makanan tak de ,dah lah tekak rasa pahit ,aroma makanan pun tak de jadi mana nak datang selera tu....Harap2 esuk Iron bertambah sihat lagi dan berselera makan.

Kiki Selamat Pulang

Yeah hari ini aku ikut anak ku pergi kerja di klinik Kitty's Cottage . Sampai lebih kurang pukul 10 pagi ,Vet Sara dan keraninya Nisa juga Pak Yen ,pembantu klinik dah pun sampai. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Hari ni dua patients dah balik ,seekur kucheng betina yg tuannya letak untuk dibuntingkan tetapi gagal kerana belum cukup gedik manakala seekur lagi kucheng jantan yang cedera  parah kerana dilanggar tak tau oleh kereta atau motor sebb tuan dia tak nampak ,cuma nampak kuchengnya saja yang terbiar berlumuran darah.

Kalau tak salah kucheng tu admitted pada 13 Julai dan semalam 21 Julai dia dah boleh keluar .Kata anak waktu tuan nya datang kiki terus menyahut panggilan tuannya ,begitulah walau dah seminggu berpisah perasaan rindu pada pasangan kucheng dan tuan ini amat kuat.

Masa datang dulu kiki mempunyai harapan tipis untuk selamat. .Kiki mengalami accident yg agak teruk. Mata sebelah kanannya terjojol keluar dan tidak dapat diselamatkan lagi dari buta . Manakala rahang dan gigi nya juga patah ,kiki akan mengalami kesukaran untuk makan .Di klinik kiki di beri drip dan ubat pain killer . Semangat kiki memang kuat kerana hari pertama dia dapat melepasi waktu kritikal dan hari ke dua dia  cuba bangun berjalan dalam keadaan kesakitan.

Cerita anak lagi, kiki datang dari Kuala Selangor ,sewaktu accident tuannya membawa kiki ke klinik vet di Meru tetapi  waktu beropersi telah tamat klinik dah tutup , mereka telah memberi nombor anak . Melalui talipon tuannya menangis mengenangkan nasib kiki ,Sebenarnya klinik kitty's cottage pun sudah tutup waktu tu   tetapi nasib kiki baik sebab anak masih ada dalam klinik.  Tuannya  terus bawa kiki ke shah alam bila anak setuju  melihat keadaan kiki.

Alhamdulillah kiki dah sihat sikit .Kita doakan kiki mempunyai semangat yg kental untuk meneruskan hidup dengan keadaannya sekarang.Saya yakin dia boleh kerana dia mempunyai tuan yang sangat menyayangi dia.Semoga jumpa lagi suatu hari nanti ,Insyaallah.


Friday, July 20, 2012

I Called Him Iron

Hari rabu  lepas mak sedara menantuku nak belanja  geng Mak Limah,makan luar. Geng Mak Limah terdiri  dari Puan Jam (besan) ,Kak Normah dan kak Nab kawannya dan Ina ,mak ucu si If dan aku sendiri,semuanya lima orang jadi sesuai sangatlah dengan panggilan mak limah tu untuk makan tengahari sebagai penutup bulan Rejab dan menyambut bulan  Ramadhan penuh rahmat.

Jadi lagi sekali peluang aku tidur kat klinik yg aku gelarkan hotel 5 paws tu.Kali ini aku nak cerita pasal new patient yg kalau tak salah namanya ialah iron.Aku dengar anak aku macam sebut PTS pada kuching tu ,walau aku tak tahu makna sebenar tapi macam paham apa yg anak aku maksudkan ...like puttosleep. Anak minta tangguh dua hari untuk tenguk perkembangan kesihatannya.

Masa aku angkat Iron yg duduk dalam carriernya dari atas meja ke lantai aku dah tahu Iron ni besar badannya diberitahu anak beratnya lebih 4 kilo walau sudah susut sekilo kerana tidak berselera makan. Penglihatannya juga kurang jelas sebab faktor usia . Iron bukan kuching yang jenis manja  atau friendly . Mungkin seumur hidupnya dia tidak dimanjakan langsung . Aku  buat andaian lagi, mungkin tuannya sibuk bekrja dan tiada masa untuk itu semua.

Apapun aku doakan moga Iron sembuh ,lalu makan dan sihat semula .






Monday, July 16, 2012

Che'Tam

Ini pula kisah anak kuching yang dipungut oleh anak ku sebelum klinik ini dirasmikan lagi. Kata ankku, anak kuching ini terjatuh dalm parit patutlah kotor betul bulunya.Berkeping2 bulunya yg warna hitam dan sedikit warna putih di hidung dan bawah dagunya  juga sedikit di hujung kakinya .Muka nya sangat kecil jadi sepasang telinganya nampak besar macam telinga anjing. Misainya panjang dan bewarna putih macam misai memerang.Aku tidak mandikan dia terus sebab tanah yg melekat pada bulunya sudah kering dan keras jadi aku cuci sikit2. Mula2 aku cuci bahagian ekurnya saja . Esuk bahagian telinga dan mukanya ..kemudian kakinya begitulah sampai satu hari tu anak mandikan dia dengan shampoo tanpa air dan tak perlu bilas ,shampoo mahal tu.

Waktu mula sampai dia banyak menjerit bila diletakkan dalam kandang dan nafsu makannya boleh tahan . Sehari sepaket makanan basah tak berapa nak cukup untuk dia seekur. Hari demi hari Tam dah mula paham dan cerdik . Dia mudah dapat kawan . Bila waktu dia dikeluarkan dari kandang dia kan bermain sepuas2nya dan bahan mainannya ialah kami ,diterkam dan digigitnya kaki atau tangan kami ,di kejarnya kaki kami kalau kami berjalan .

Bila Ginger ,seekur kuching jantan berbulu tebal dan hidung penyek sampai ke klinik dia menjadi penyelamat kami kerana dia dah jadi kawan bermain Tam . Lucu bila lihat dia mengejar Tam ,Tak ubah macam dalam filem Tom n Jerry Show. Aku harap lama kelamaan kuching cacat yang aku ceritakan sekejap tadi akan join menjadi kawan baik mereka berdua dan dapat bermain sama2 .Sekurang2nya dia dapat merasai erti persahabatan dan keikhlasan ,ya mudah2an.


~ Ipot

Hari ini aku masih memikirkan nasib kuching yg tidak lagi mendapat  perhatian tuannya itu. Tuannya tidak membuangnya di tepi jalan atau restoran atau market yang kebiasaaan di buat oleh orang lain tetapi memilih meletaknya di Klinik Kitty's Cottage. Dengan membayar RM 20 ,kuching cacat itu di bawa ke sini dan  ditinggalkan  .

Melihat kuching cacat itu bukan nya susah untuk mendapat simpati dari pencinta2 haiwan seperti aku dan anak2ku. Keadaan bibir bawahnya yang lebih panjang memnbuatkan gigi taring bawahnya terkeluar dan air liurnya sentiasa melilih kerana tidak dapat nenutup mulut. Manakala kaki belakangnya juga pendek dan dia tidak dapat berjalan dengan menegakkan tulang belakangnya.

Sebab keadaannya yg begitu kuching ini tidak mampu mempertahankan diri apatah lagi untuk melarikan diri jika diserang.Alhamdulillah masih ada sedikit rasa kasihan tuannya tidak sampai hati melepaskan nya  ke dunia luar sana.Sekali pandang anak ku dan aku sudah rasa kasihan pada haiwan ini ,apalah sangat dengan segenggam biskut kuching pada siang dan malam hari untuk mengisi perutnya berbanding dengan makanan yang Allah swt berikan pada kami .Mudah2an tuannya akan merinduinya suatu hari nanti dan datang menjenguknya sebab siapa tahu makhluk ini juga mempunyai perasaan yg sama pada tuannya.


Sambungan ,hari ini 19 hb 7 ,tuan nya datang jumpa Ipot. Cantik orangnya sedang berbadan dua, bersamanya ialah ibu mertuanya . Katannya minggu ini dia tak boleh datang ambil sebb nak ke Pontian hantar ibunya pulang...sayang sebenar nya dia dengan Ipot ni yg dianggap amat istimewa... Ibu mertunaya yg tidak selesa dengan kecacatan Ipot takut2 menantunya terkenan dan cucu yg bakal lahir pun jadi macam Ipot..bidaah bidaah.

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Umrah ~ Ya Rabb aku mahu jadi tetamu MU.

Penerbangan ku ke Mekah ialah 13 August 2012 ,ya aku akan mengerjakan Umrah Insyaallah.Kakak ipar ku dah pun berlepas ke JEDDAH pagi tadi harap2 dapat jumpa dia di sana.Ikut perkiraan Tabung Haji ,tahun depan merupakan giliranku dan suami mengerjakan haji jadi untuk preparation awal dan juga kerana takut mati dalam keadaan aku mampu maka aku minta izin melakukan haji kecil ini dahulu.

Dare to Dream...Vets Clinic and Pets Shop.

Salam untuk semua.

Mula-mula nak panjatkan syukur pada Allah swt kemudian disusuli dengan rasa terima kasih pada suami tersayang kerana memahami. Di samping itu terima kasih pada anak-anak yang bertungkus-lumus memberi idea dan bantuan tenaga sehinggalah kedai klinik haiwan dan surgeri berjaya beroperasi pada tanggal 1 Julai .

Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, kami mengambil masa yang agak lama sehinggalah peluang keemasan tiba iaitu modal yang cukup.Pada mulanya anak menganggarkan capital yang agak tinggi yg aku terpaksa tangguhkan kerana kurang yakin dengan cash yang ada dalam simpanan akhirnya apabila aku yakin ia mencukupi dan persediaan dari segi penampungannya juga ada maka aku terus memberi lampu hijau pada anak ku untuk mencari lokasi yang sesuai.

Pada mulanya kami ke suatu tempat di PJ kalau tak salah sebb ada kedai pet yg hendak di lepaskan kerana tuannya mahu tumpukan pada business lain . harga 68k termasuk barang dan makanan pets .Ada bilik yg  diubah suai untuk dog's grooming namun masih tidak mencukupi kerana harus ada treatment dan surgery room bermaksud kena lakukankan tambahan kelak yang perlukan lebih duit.

Akhir sekali setelah berbincang tentang pro dan cons dan matlamat serta tujuan kedai kami maka kami pilih Shah Alam di mana populasinya ramai Melayu kerana matlamat kami yg utama ialah kuching , jual pets ,makanan dan ubatan haiwan peliharaan dan ternakan ,boarding  dan klinik haiwan yg boleh melawat bila ada panggilan..

Insyaallah kami tidak berhenti di sini sahaja ,kami mempunyai mimpi indah agar suatu hari nanti clients kami akan mendapat kad ahli di mana kami akn sediakan satu tempat untuk kuching kesyanagan mereka datang bermesra dengan vets mereka sambil mendengar musik ,minum2 dan bermain2 .Siapa tahu Kitty's Cafe Corner akan muncul selepas  Kitty's Cottage Clinic.