Wednesday, January 1, 2014

Gambar Kenangan





Saya namakan ank kucing yang comel ni Pushie .Dalam perjalanan pulang kerumah saya terfikir juga tentu ibunya akansedih dan tercari2 dia nanti tapi saya tak sampai hati nak tinggalkan dia takut jatuh lagi ,lagi pun  anjing banyak berkeliaran di situ. Malas fikir panjang lagi terus bawa pulang.

Saya bagi dia minum susu tepung Fernleaf yang dibancuh .Dia dah pandai jilat jadi saya tak bagi dia botol. Kemudian saya cuba bagi dia nasi yang digaul dengan isi ikan ,pun dia makan ..alhamdulillah dia membesar dengan sihat .Saya pun dah lupa detik2 dia membesar tapi cepat sungguh ,kemana ada saya atau ahli keluarga di situlah dia. Kalau kami berlari dia akan mengejar kalau kami kejar dia akan lari ,tak kiralah kadang2 dalam rumah kadang2 di luar rumah. Oleh kerana kawasan rumah kami amat besar dan tidak berjiran ,Pushie tak pernah jumpa kuching lain.Dia bagai anak kecil yang suka didukung dan jika dia mahu tidur dia mahu tempat yang ada orang kalau kami di sofa dia akan tidur di sofa kalau kami sedang main computer dia akan naik atas meja computer dan lelap di situ.Petang-petang bila kami keluar bermain dia juga turut kami bermain.Bila waktu makan dia pun akan duduk atas kerusi walaupun kita dah bagi dia makan di tempatnya, sebab dia tak mahu lepaskan peluang untuk makan bersama2 kami. Bagi je apapun dia akan makan sebab dia yakin apa yang kami makan dia boleh makan kadang2 rasa lucu tapi sungguh tak pernah sekalipun dia panjat atas meja ,letaklah ikan atau chocalate kegemarannya selagi kita tak ambil dan letas atas bangku dia akan duduk dan tunggu di situ.


Bela Pushie amat mudah ,bila besar dia sudah pandai berak di luar jadi tiap kali dia mahu keluar untuk kencing atau berak dia akan mengiau sambil berdiri depan pintu ,tanda dia mahu keluar.Biasanya saya akan teman dia keluar maklumlah dalam kawasan ladang kelapa sawit ni kadang2 ada anjing liar yang curi2 masuk dalam kawasan kami walaupun ia berpagar.

Pushie sangat teruja kalau ada orang datang ke rumah tak kiralah siapa yang datang siaplah dia akan masuk dalam kereta untuk menghidu kemudian akan terus mengikut tetamu masuk ke rumah atau sekadar duduk di halaman rumah . Kalau ada yang takut dengan dia dan cuba lari dia akan mengejarnya kerana salah paham orang mahu bermain dengan nya ,ada yang terjerit-jerit kerana takut ..waktu itu size badannya sudah besar.

Satu hari ada tetamu asing buat Pushie, seekur kucing tompok hitam putih datang ke rumah kami. Perangai Pushie amat janggal waktu itu seboleh2nya dia memanggil kucing itu untuk masuk kedalam rumah kami.Dua tiga kali dia keluar dan masuk ke dalam rumah sehinggalah tetamu istimewanya itu akhirnya masuk kedalam. Adakalanya dia mengelilingi kucing itu seperti tidak percaya ada makhluk sejenis dengan nya. Bila dia cuba menghampiri kucing itu akan menepis muka Pushie sampai meninggalkan parut calar bawah mata kanannya. Tapi dia tak berganjak seperti tak puas menatap muka tetamu istimewanya itu.

Dua hari kucing itu berada di rumah hari ketiga dia hilang,kami dapat tahu dari pekerja ladang ada kucing mati kena langgar dekat jalan berdekatan bunglow kami tinggal jadi kami pasti kawan baru Pushie sudah pergi selamanya. Sejak hari itu Pushie seperti tidak tenteram tinggal di rumah dia mula belajar berjalan ke luar kawasan pagar ,ada masanya aku mengekori dia dari belakang sebab masih bimbang keselamatan Pushie.Apabila dia berjalan semakin jauh dari perkarangan rumah aku tidak lagi mampu mengekori dia terpaksa akur akan kemahuan nya ingin bebas.

Namun Pushie akan tetap pulang ke rumah untuk makan ,ikan rebus sardin kegemarannya. satu hari Pushie pulang dengan pahanya berdarah  kena gigit anjing . Aku cuma bubuh lotion kuning yg sentiasa ada di rumah. Esuk pagi Pushie demam ,dan kami bawanya jumpa Vet...kasihan bila lihat dia di inject ,di cukur dan di belah dagingnya untuk cuci lukanya yg bernanah dan dalam tu. Bila selesai dijahit dan mengambil ubat aku bawa Pushie pulang ...Bila dia sedar dia mula aktif semula ,Alhamdulillah.apabila dia benar2 sihat dia mula keluar rumah semula kali ini dia sudah jadi jagoan sudah tahu bagaimana menyelamatkan diri dari anjing2 liar ,dari pulang kerumah setiap hari dia kadang2 pulang selepas dua malam atau tiga malam . Dan setiap kali pulang aku akan peluk dia cium dia sebab rindu  ,kemudian biar dia merayu minta aku keluarkan ikan rebus dari peti ais(yang memang tak pernah putus) Cara dia merayu dengan menggesel2 badannya pada kaki ku ,kalau  lama sangat dia akan gigit  terus itu tanda dia terlampau lapar lah...lahapnya dia makan kerana kelaparan, kemudian dia akan tidur sebelah ku  ,waktu itu kalau nak conteng muka dia ke nak buat apa pada dia pun dia dah tak kisah sebb terlalu letih dan mengantuk agaknya.

Bersambung....

Tuesday, December 31, 2013

Terimakasih Allah ~2014

(Tam dalam kenangan)
Assalamualaikum semua pembaca dan pencinta-pencinta haiwan, terutama haiwan kesayangan Rasullullh saw iaitu kucing yg turut menjadi binatang kesayangan pihak KCVC juga. Sekarang dah masuk Tahun baru ,bermulalah lebaran baru mulai hari ini, semoga haiwan-haiwan ini terus mendapat pembelaan dan kasih sayang dari kalian semua dan Allah swt membalas jasa baik anda di dunia mahupun akhirat. .
Dah lama tak menulis dalam blog ini agak kekuk sedikit ,idea pun ah kurang mungkin juga sebab lama tak bermain dengan kucing. Walaupun di rumah tak bela kucing tapi masih bagi makan pada dua ekur ibu dan anaknya yg selalu berlegar di belakang rumah . Pada hari mula2 ternampak anak kucing yang bewarna kelabu pekat tu amat liar selalu lari masuk alam lubang longkang yang memang muat2 saiz dia , kurus sangat maklumlah dah besar mana lah cukup dengan susu si ibu.Mula2 jumpa  saya lemparkan seekur ikan   goreng pada si ibu yang juga kurus waktu itu ,digonggongnya  ikan itu lalu dibawa ke lubang tempat anaknya bersembunyi sambil memanggil2 anaknya ( tak tahulah kalau kucing pandai bubuh nama anak dia).Lahap betul anak nya makan sambil diperhati oleh si ibu sedangkan si ibu pun sedang lapar. Sekarang hampir setengah tahun anak kucing ni dah pandai minta makanan ,pantang tenguk muka saya kat dapur tapi nak pegang dia lari ,tak best,tak best !

Yang best kalau dapat kucing macam si Tam spt gambar di atas tu siap gomol2 gigit2 badan kita ...




Rindu sungguh ,kalaulah dapat kami lewati sekali lagi waktu itu alangkah bahagianya.

Oh ya mungkin ramai yang pernah melalui saat-saat manis bersama binatang kesayangan mereka .Oleh kerana jangka hayat mereka tak sepanjang jangka hayat manusia jadi saya yakin sudah banyak kali juga perpisahan berlaku ...walau dah lama berlalu tapi memori bersama mereka tetap terpahat dalam sanubari ...dalam ramai-ramai(banyak-banyak) kucing peliharaan kami ada seekur yang paling istimewa . Kadang2 kami rasa dia dah jadi separuh manusia sebab tabiatnya yang suka mencuba apa saja makanan yang kami makan ,kacang, durian ,coklat ,mentega .biskut apa saja ,masyaallah . Dia mengikut apa saja  kami buat ,main kejar2 ,main pingpong main bola ,apa saja ,main sorok2...lucu sungguh.Mata dia juling sikit mungkin sebb kesan jatuh dalam longkang besar , longkang tu memang besar maklumlah longkang sebelah market ikan ,nasiblah  saya terdengar suara dia sekali sekala sajja dia berbunyi jenuh cari , Bagi orang yg biasa dengan kucing dia akan tahu nada kucing tu samada dalam ketakutan ,sakit ,takut atau lain2 ,betul tak?Jadi saya tahu nada dia dalam kecemasan ,nada anak kucing yg memanggil ibu minta ditolong.
 Bukan main susah tapi saya usahakan juga turun dlm longkang yg tinggi dari paras kepala manusia tu sebab kalau hari hujan dia memang tak berpeluang untuk hidup.Bila saya letak je dia di belakang jip ,nampak seronok sungguh dia menggesel2 tubuh nya atas lantai jip tu untuk mengeringkan bulu dia.Masa tu pun dah nampak kecomelan perangainya saya terus jatuh hati pandang pertama hehe...bersambung.

Saturday, August 10, 2013

Raya ke...


Salam semua ,hari ini aku dah mula puasa sunat syawal yg kedua brmaksud dah hari ketiga kami berhari raya ,oops raya ke? Ok kalau nak tahu macamana kami sambut raya tahun ni ia itu penuh kesederhnaan. Sehari sebelum raya ingat nak masak rendang pergi supermarket giant tapi daun kunyit tak de , aku punya rendang kalau daun kunyit tak de tak macam rendang tau jadi aku terus beli ready made yg ada jual dlam giant tu ...ketupat pun ada jual begitu juga lemang jadi semuanya dah ready made ok.Aku beli udang sebb Nak buat mee hoon goreng sama . O esuk paginya seperti biasa aku dah terjaga seawal pukul 5 pagi macam orang nak bangun bersahur, jadi aku sholat tahajud dan witir dulu kemudiaN turun panaskan rendang yg aku beli semalam ,potong ketupat dan lemang dan masukkan biskut yyang ankaku bawa kedalam balang ,kemudian masuk subuh aku sembahyang lepas subuh aku tak tidur terus mengadap lap top sambil tunggu anak-anak bangun tuk sembahyang raya.Aku macam yakin gila sembahyang raya pukulnsembilan pagi Malahan pukul 8.30 kami semua dah ready dengan berjubah dan bertelkung untuk pergi sembahyang sampai kat masjid paling dekat tenguk orang dah sembahyang kami terus ke masjid negeri dengan harapan sempatlah sebab masjid besar mesti mula lambat sikit kononnya tapimsampaimsaja kat masjid negeri orang dah bagi salam, aduh sedihnya cuma dapat dengar kutbah dari dalam mpv yang tak berapa khusyuk sebb tak jelas sangat...akhirnya kami balik, anak2 pulak kena tukar baju raya mereka untuk ke klinik cuci kandang dan bagi kucing2 makan ..ok sekian dulu selamat hari raya maaf zahir bathin.

Saturday, May 25, 2013

Panas Hati

Untuk orang yang bekerja mereka mungkin tahu perasaan bila esuk hari cuti ...macam setengah orang mungkin cuti tu waktu mereka melepak ,melancung, menonton dan macam2 aktiviti riadah. Tapi untuk aku walau esuk hari cuti wesak,staff cuti  ,kami masih kena cuci najis dan bagi makan kucing-kucing yang ada dalam klinik sebb itu tanggug jawab kami.

 Tapi bila namanya cuti ,mestilah time table automatik berubah spt kalau bangun pukul 6 boleh tidor balik dan bangun lajak sikit ke atau apa2lah macam buka movie korea tonton sama2 atau masak sendiri ke sbb nak berkurung dalam gua ....mcmana nak spend cuti sendiri terpulang..

Macam biasa semntara anak cuci kandang aku masak nasi ,bila mereka selesai cuci nasi dan lauk dah masak kami brunch sekalilah ..anak2 dah start lepak depan tv dan aku yup kadang2 layan berbual dengan suami ..sbb klinik kami macam gua kadang2 terdengar macam suara orag tapi keluar tak de sbb suara orang cuci kereta pun dengar dekat je ada masa suara tv lebih kuat...talipon aku dengar juga berbunyi ,kemudian tak semena2 bunyi org ketuk shutter besi kat depan dengan kuat terkejut sungguh..anak yg tak pakai baju terpaksa cari baju ,aku cakap tadi dengar macam ada suara kat belakang tapi memang tak keluarlah entah2 suara org cuci kereta ..bila anak ke belakang tak de orang ..kami pun sambung lah aktiviti spt biasa dan aku pun sambung semula mana kerja yg belum selesai kat sebelah belakang..tuiba2 muncul sorang wanita kat belakang marah2 katanya kucingnya tak dibagi air dan makanan ..aku tunjuklah ,"tu dalam kandang tu ada makanan dan minuman "..katanya tadi dia datang tenguk tak ada apa dlam kandang ...heh of course lah tak de apa sebb semua bekas makanan dan minuman semalam akn dikeluarkan habis atau tak makanan tu akan dibuang terus dalam tong sampah..."awak duduk situ 24jam ka ?" tanya aku .

Tak puas hati sekali lagi dia tuduh membabi-buta "awak biar kucing saya basah .." lagi sekali aku jawab "tenguk itu belakang ada awning lah mana boleh basah kena hujan  sambil  keluarkan kucing nya dari dalam kandang nasib baik sempat raba bulu kucing tu sebelum dia ambil dari tangan...memang sah kering ...sambil keluar dia merungut saya mau angkat balik ini kucing ..tak tahu kenapa mulut aku macam getah je apa dia cakap terlantun je jawapan keluar ..ya Allah ..1st time kena accuse macam aku ni kejam sangat ke tak jaga kucing dia sedangkan kucing tu eluk je dalam kandang cuma dia lah yg rugi sebb tak tenguk result darah yg di ambil untuk test ..rupa2 doktor pun dah pesan hari wesak tutup datang selepas wesak ..apa tujuan dia pun aku tak tahu ....


Friday, April 12, 2013

Bad Cat!

Tak tahan betullah dengan Tupai ni ..makanan yang di letakkan dalam mangkuk tak mahu makan di koyaknya paket makanan yang ada di depan kedai..hari tu tak sedar lima paket wet food rosak sebab busuk di tebuk giginya . hari ini paket makanan yg paling besar cop RC pulak tu dikoyakkanya... patutlah tuan kamu tak inginkan kamu , rupanya ada bad habit....

Monday, April 8, 2013

Aku panggil dia TUPAI

Alhamdulillah hari ni badan rasa sihat sikit walau smalam tidur lepas jam 12 malam . jadi pagi ni aku bangun terus mengemas spt selalu menyapu ,pungut kain kotor n basuh ,bagi makan 2 ekur anak Labu yg semakin pelahap dll.

Sekarang ni badan tengah berpeluh..

Hari ni nak cerita pasal ibu kucing yang ditinggalkan tu...aku dah lepas dia dari kandang sejak semalam...pertama kali dia bebas dari kandang sejak 2 bulan lalu.reaksi dia fulamak ..macam tupai lah ...berlari dan memanjat apa yang dia boleh panjat .Mula2 masa dia panjat gate kat belakang tu aku ingat dia akan terus kleuar dan lari jauh2 dan aku pun tak mahu ambil peduli tapi tidak .....tak kisah lah mungkin kau belum nampak lg dunia luar...

Pagi ni nampak dia happy sangat dok menggesel badan dia atas lantai kat pintu depan ,mentang2lah kat situ ada simen yg menggerutu ..sampai aku terpaksa angkat dia masuk ke bahagian dalam ..Bukan dia malahan semua kucing dalm klinik suka duduk bahagian depan mungkin baunya lebih fresh kot.

Waktu aku nak buka gate belakang si Nyenyet dah tak sabar sambil terdongak kepalanya menunggu gate terbuka..maklumlah di belakang tulah tempat dia suka  melangut bila dah kenyang. Bila Nyenyet keluar Tupai pun ikut ..kali ini aku rasa sahlah kot dia akan pergi jauh...macam nak nyanyi lagi madu di tangan kanan ,racun di tangan kiri mu je kau pilih je mana yg kau mahu... mestilah dia pilih madu ...


Ratu Air Mata

Ada sorang pelanggan ni , aku akan kenangnya kerana peramah 'manis dan selalu berendam air mata kerana kematian kucing. dan satu yang tak de dalam diri aku ni ialah talent untuk memujuk orang . Aku tak pandai pujuk orang yang sedang sedih ...mungkin juga selama ini pun tak de orang yang pernah pujuk aku kalau aku sedih .Mungkin juga aku yang jenis suka menangis diam2.

Hari itu sekur baby kucing nya tak dapat di selamatkan . matanya dah bengkak kerana menangis ...entah apa yang aku cakap pada nya pun aku tak tahu tapi ayat aku yang akhir keluar dari mulut ku ialah.." sebab itulah aku tak mahu terlalu rapat dengan kucing..." ...aku baru sedar bila dia dengan hairan menyoalku .."jadi u pun menangis ye.?" 

Aku macam nak soal balik .ada ke manusia yang tak de air mata dalam dunia ni ??? tenguk betapa teruknya PR aku...jadi lebih baik diam dan senyum je..

Dari 2Hari ke 2 Bulan

Ada sorang hamba Allah ni datang dengan anak-anak remajanya bawa seekur mama kucing dengan 3 ekur anaknya yg lasak .minta boarding dan carikan keluarga angkat. Alasan dia nak dapat cucu..So pihak kami bagi letak 2 hari untuk cari keluarga angkat ...sehari demi sehari selepas dua hari berlalu  dan panggilan demi panggilan kami buat akhirnya dia muncul..bil mencecah seribu lebih tapi katanya dia tak mampu dan tak ada duit sebanyak itu jadi kami cuma minta harga sekampit makanan sahaja..

3 ekur anak kucing di bawa pulang tapi si ibu diminta agar dimandulkan..dan peristiwa berulang selepas dimandulkan hari demi hari dan panggilan demi panggilan di buat dan kini masuk lagi sebulan ...persoalannya apa yg PATUT kami buat pada manusia jenis ini ???

Akhir sekali aku suruh anak perempuan ku hantar message mengatakan dalam seminggu jika ibu kucing ini tidak diambil kami akan lepaskan nya ,maka semalam tamat sudah tempuh seminggu dan sebagai menunaikan janji kucing itu pun kami lepaskan ....

Friday, April 5, 2013

Kucing tanpa nama...

Sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan kenangan ku menjaga 2 ekur kucing sphinx ni. kedua-duanya sudah meninggal . Aku rasa anak aku pun tak tahu nama kucing tu apa sebab mereka diambil dari tuan nya yang katanya baru diberi oleh seorang sahabat atas alasan malas dah nak bela.

Oleh kerana spesis ni very rare aku terpaksa refer internet untuk mengetahui serba sedikit hal penjagaannya ...rupa2nya spesis ini perlu tempat untuk memanaskan diri mereka sebb kulit mereka tak ada bulu dan badan mereka juga sentiasa mengeluarkan haba dan kita kena selalu lap dengan tuala basah jika tidak kulit mereka akan berminyak . Mereka juga spesis yg memang kuat makan.yang paling interesting yang aku tahu rupa2 nya kucing  ini adalah spesis yang sangat manja walaupun rupanya nampak ganas..atau mirip rupa anjing tua yg kurus.

Dari saat itu aku selalu lepaskan mereka dari kandang sebelah malam untuk bermain dengan mereka. Yang seekur ada masaalah penghadaman dan yang seekur lagi ada kencing manis.Pantang je aku duduk atas lantai mesti mereka akan datang duduk antara paha ku sambil merenung mataku ,entah apa yang mereka fikir.

Linkungan sebulan juga aku bersama mereka ,sedihnya bila lihat yg sekur tu dah tak selera makan dan tak aktif.Badannya terus melidi ,dahlah memang jenis rangka .Bila badannya susut dan layu aku tak dapat nak menahan sebak setiap kali melihat keadaannya .Akhirnya dia pergi juga ,waktu itu aku tak ada di sisi dia jadi selamatlah air mata aku.

Tinggal yg si ibu pengidap kencing manis. Sewaktu dia sampai luka di bibirnya yang kena cakar dengan kucing Tuan barunya tu kecil saja.Tapi adatlah luka kecil yang dalam tu memang susah nak baik dan semakin merebak menjadi besar satu pipi sehingga ke biji matanya yang hampir-hampir terjojol keluar. Setiap kali aku mahu memegangnya, dia mengelak  seperti tak suka atau was-was ,mungkin sakit ,mungkin juga deria pandangan nya dah kabur tapi dia terus hidup kerana selera makannya masih ada . Aku hanya dapat melihat keadaannya dalam kandang dengan sayu kerana waktu ini aku dah tak lepaskan dia keluar .

Dua hari aku pulang ke Putra Jaya ,bila sampai je ke klinik aku lihat kandangnya  kosong dan hati aku juga seketika seperti turut kosong. namun aku bersyukur  kerana dapat bersama kucing2 tanpa nama ni untuk sekian waktu. Tamat lah kerja staff aku yang saban hari mencuci pasir dan bekas mereka  setiap hari kerana mereka memang kuat buang najis. Tamat juga penderitaan mereka selama ini.

Sampai saat ini walau dah agak lama mereka pergi ,aku masih terbayangkan mereka dan pengalaman ku bersama mereka .Tuan barunya pun tak akan rasa apa yang aku rasa...

Thursday, April 4, 2013

Persahabatan

Seorang sahabat yang baik adalah seperti satu kurniaan.Seekor kucing yang baik juga satu kurniaan . Aku kata aku sayang haiwan kucing ni dan aku dalam kategori pencinta kucing tapi tekaan aku agak meleset bila aku bertemu manusia yang sebenarnya kasih kan haiwan ni ,mereka kasih tanpa menilai kucing itu baik atau tidak cantik atau tidak ,pandai atau tidak . Hanya satu saja kategori kucing bagi mereka iaitu haiwan dan mereka sayang dan kasihankan haiwan .

Sahabat ini sanggup menyewa rumah untuk menyimpan semua kucing-kucing yang dijumpa atau dibuang oleh manusia. Sanggup mengorbankan wang dan tenaga untuk kucing-kucing ini...sanggupkah aku?Tidak.bila ada manusia seperti ini maka ramai pula manusia lain yang mengambil kesempatan ...rumahnya dah padat dengan kucing masih lagi ada manusia yang kononnya bersifat sayangkan haiwan cuba selamatkan kucing2 tapi tak boleh bawa balik kerumah untuk bela dan minta sahabat ni sumbat dalam rumah sewanya ,aduhai.

Sebenarnya kucing juga seperti manusia mempunyai penjaga iaitu penciptanya ...mereka boleh survive di luar sana .. kecuali yang accident ,yang kehilangan ibu tapi make sure yng ibunya betul2 hilang bukan pergi cari makanan. Sebabnya kalau engkau diberi pilihan untuk kasihankan antara sahabat ku dan kucing terbiar aku terpaksa berkata aku lebih kasihan pada sahabat ku kerana dia manusia yang difardhukan menghurmati jiran dan lain2..sedangkan binatang itu tidak difardhukan apa2...

Dalam keadaan kita berkawan ada orang yang cuba mempengaruhi kita dengan berbagai cerita ,perlukah kita mendengar nya  .Bagi ku lebih baik diam dan terokai sendiri alam persahabatan tersebut kerana itu lebih meyakinkan kita . Ada sahabat sekadar menumpang nama, ada sekadar menumpang cerita ,ada juga menumpang ada .









Mood

Sebenarnya ada banyak kisah yang berlaku dan boleh dijadikan bahan cerita tapi  mood nak menulis macam hilang... aku tanya pada hati kenapa ...mungkin jawapannya  , kalau aku tulis aku membongkar sesuatu yang tak sepatutnya orang tahu .Mungkin kalau aku tulis aku tak dapat menafaat apa2 .

Hari ini tiba2 semangat tu datang ,datang secara tiba2 ketika berbual dengan klien klinik . Ceritanya kucing nya yang warna oren hilang semalam ketika dia keluar pergi ke masjid ...dia yakin kucingnya mengikut nya dari belakang tanpa dia sedar .Biasanya kucing itu ada dalam rumah tetapi apabila balik dari masjid ,Oren tak dapat ditemui walau puas dia mencari dalam rumah,sedih .

Kataku kes kehilangan kucing memang sering berlaku kita hanya dapat berdoa agar kucing yang hilang itu selamat walau di mana saja dia berada .Bukan kita mahu perkara seperti ini berlaku tetapi ia seperti qadar Tuhan .yg maha menentukan.Mungkin kita akan berkata aku menyesal bawa kucing ku ke situ ke sini tapi secara langsung kita menolak kekuasaan Tuhan yg menggerakkan hati kita pada mulanya untuk membawanya ketempat yg kita kesalkan tadi....



Saturday, January 26, 2013

Kesebatian

Dah lama tak tulis ,ini kisah yang aku anggap lucu juga . Perasan tak kalau kita ada bau yang melekat di badan ,orang lain boleh hidu dengan kuat tapi kita yg paling dekat dengan bau tu tak bau apa2 ...sekurang2nya aku tahu ada satu macam bau pada badan kami dan setiap kali kami masuk kedai kami akan tahu bila semua orang tertanya-tanya dan tercari-cari bau tu datang dari mana ,lucukan.

Biasanya mereka akan bahu seperti benda terbakar macam bau fius atau wire hangit .Jadi setiap kali aku atau anak masuk mereka tidak sangka bau tu datang dari kami ,masing-masing tertanya-tanya ada benda terbakar ke?Tak kira kemana aku pergi ,masuk kedai kain ke masuk bank ke ,bila aku cerita pada anak dia pun ceita balik ,kalau orang tertanya-tanya pasal bau hangit dia diam je tapi kalau ada yang betul tekaan  bau klinik baru dia jawab bau dari dia hahaha...

Friday, January 4, 2013

Syabas Dr

Sebenarnya banyak kisah yg berlaku dlm klinik ni yang hendak aku tulis tapi kadang-kadang masa terlampau padat buat aku tak sempat dan hampir terlupa apa yang hendak aku tuliskan.

Hari ini ada 2 kes ibu kucing bunting gajah dan terpaksa di bedah untuk keluarkan anak mereka, yang kesemuanya mati dalam perut. Satu lagi kucing yang rahimnya bengkak penuh dengan nanah . Ketiga-tiga rahim kucing ini terpaksa dibuang.

Dulu ,kawan ku yang anaknya baru jadi doktor pernah cerita pengalaman-pengalaman anaknya semasa baru-baru buat housemanship . Kisah bagaimana dia tak jumpa salur darah pesakit dan dimarah oleh pesakit kerana terpaksa mengulang beberapa kali untuk menyucuk jarum masuk ke dlam saluran darah.Cerita bagaimana dia rasa mahu pitam kerana terpaksa bekerja terus-terusan tanpa dapat rihat. Cerita bagaiaman bau busuk setiap kali menyambut budak baru lahir kedunia.

Kali ini aku tak perlu dengar anak ku bercerita. Aku cuma perlu berdiri dan perhati sambil menolong apa yang patut . Semua itu berlaku sama saja pada kucing-kucing di klinik ..aku dapat bahu hamis ketika Vet sedang operasi mengeluarkan bayi-bayi kucing yang sudah mati dalam perut.Aku dapat lihat bagaiman susah nya Vet mahu mencari saluran darah pada kucing yang badannya kekurangan air atau terlalu kecil.Aku lihat bagaimana tangan Vet baru kami menggigil setiap kali mahu melakukan operasi berat ,ada kala dia menangis sebb hiba dengan nasib binatang tersebut...semua ini kerana mereka bermain dengan nyawa ,hidup atau mati..
Walaupun mrk hanya Dr Haiwan aku ucapkan syabas dan syukur pada Tuhan.

Thursday, December 27, 2012

Cat Merah

Tadi lepas bagi mandi dan grooming kucing pelanggan aku terus masuk duduk dalam bilik tenguk fb. Nisha tiba-tiba je masuk panggil aku supaya keluar untuk jumpa seorang pelanggan. Aku tanya kenapa sebb selama ini aku jarang jadi penyambut tetamu kecuali kalau dah tak de sape kat counter.Katanya ada tuan yang kucing nya hilang...

Otak aku masih juga tak dapat nak fikir apa yang cuba Nisha bagi tahu...dalam kehairanan aku  tanya  lagi ada kuching hilang ke ,bila ,yang mana .macamana boleh hilang dan macam-macam soalan sehingga Nisha jadi putus asa dan terus tinggalkan aku. 5 minit kemudian dia datang semula dengan membawa kucing klinik si Labu Betina...

Bila Dr Shima datang dan explain barulah aku paham..kes pelanggan yang kehilangan kucing bernbulan yang dulu masih belum selesai sebb sampai sekarang dia masih belum dapat gantinya ..bila doktor nak bagi Labu Betina dia pun datang tapi dia tak berkenan sebb dia mahu kucing jantan yang umurnya dalam linkungan 4 bulan...tak semena2 Dr Shima yang kena marah-marah . Kata Dr dia bagi sebulan saja untuk dapat kucing ganti kalau tak dia akan simbah klinik dengan cat merah ...

Insyaallahlah sebulan rasanya sudah lebih dari cukup ,mudahan ada orang yang akan bagi kucing pada klinik yang sesuai dengan kemahuannya .Kalau tak alamat klinik akan bertukar warnalah!

Sunday, December 23, 2012

Another sad day...

Kucing yang di operasi buang bahagian ususnya tak dapat survive dan meninggal dunia selepas beberapa hari dibawah jagaan anak...anak  cuba sampai ke saat akhir nya untuk bagi dia bernafas semula . Air hijau keluar dari mulut kucing tu menandakan sebahagian dari organ pentingnya seperti hati telah rrosak.

Nampak air muka anak stress sampai suruh aku tutup klinik awal kerana moodnya hilang terus ...aku rasa waktu tu mungkin anak aku terlupa yg dia cuba jadi peranan pemberi nyawa agaknya . Aku juga dah sedaya upaya berdoa dalam hati supaya Allah selamatkan nyawa kucing tu tapi tak berdaya.Lepas beberapa minit akhirnya anak kembali normal .Cuci meja dan masukkan jasad kucing tu ke dalam kotak sambil mengelap mulut kucing tu.

Aku pun dapat melakukan kerja ku semula seperti ambil wudhuk sholat zohor dan rihat dalam bilik .Aku dengar suara orang diluar bercerita betapa kucingnya amat pandai dan dia sangat sayang kucingnya ,setiap kali dia bercerita suaranya  sebak ,aku juga antara dengar dan tidak  penjelasan anak akan risiko2 yang akan dialami jika dilakukan operasi ...Bila klinik ditutup  barulah aku tahu yang sebentar tadi ialah tuan kucing yang meninggal tadi .Betapa indahnya hubungan kasih sayang seorang insan dengan binatang peliharaannya hanya mrk yang merasai saja akan tahu.

Walau tak lihat wajah tuan kucing tu tapi masih terdengar suara sebaknya.....

Saturday, December 22, 2012

NASIB LABU

Hari ni aku ikut suami balik Taiping. Terkejut juga sebb pada umur yang separuh abad ini suami boleh buat satu rekod pergi dan balik pada hari yang sama...Dahlah masa nak balik hujan lebat dan jam dekat Ipoh tapi bila sampai Taiping cuaca ok jadi boleh lah jumpa orang yg mengaku dah potong pokok depan padang permainan . Dengan upah empat ratus pd kerja yang macam tak siap mestilah suami tak puas hati..tapi duit bayar juga sebb orangnya dah main isu orang miskin orang kaya.

Bertolak ke Taiping dalam pukul 12 tengahari ,bertolak dari Taiping dalam pukul 7.00 mlm sampai Shah Alam pukul 10.55malam.

Di klinik , anak masih dok check pesakitnya ,masih dalam baju uniformnya. Katanya ramai betul orang hari ni..Seperti biasa nampak je muka aku ,penghuni Kitty's Cottage dah mula bising.Suara Baby kuching paling kuat ,rupa2nya dah bertambah lagi satu kotak.Yang pelik mana ibu-ibu mereka.

Aku perasan Labu tak de dalam kandangnya . Memang aku dah dapat penyakit phobia kehilangan kucing kebelakangan ni ,habis tu dengar harga kucing pun macam nak ternganga je mulut tapi tak pe juga kalau tuannya mahu ganti dengan wang tapi kalau dia tak mahu wang mahu kucing nya juga ....

Anak bagi tahu Labu disewa orang buat menantu..hmmm sebelum ni pun terdetik dalam hati dari bawa kucing betina kawen dalam klinik baiklah raikan kat luar klinik. Si Labu tak kisah dengan bunyi2 yang memekak ni takut pengantin betina tu je yang tak leh nak fokus.Sekarang aku dapat rasakan bagaimana tuan punya kucing rasakan bila mereka letakkan kucing mereka dalam klinik ...perasaan risau ada terlintas dalam kepala..bagaimana Labu kat sana..dia dapat makan ke, dia dapat tido ke ,dia behave ke and so on...ke aku sorang je yang macam ni?

Friday, December 21, 2012

Kucing sejuk bantal panas

Kalau dulu aku selalu bandingkan persamaan manusia dan haiwan hanya dari segi perasaan dan naluri macam kau ingat kucing tu tak marah ke ,tak takut ke tak sayang ke tak merajuk ke... tapi sekarang lebih dari itu .Contoh oooo demam ye, selsema ye ,stress ye, sakit ulcer ye ,sakit buah pinggang ye, sakit leukimia ye ,jaundice ye ,virus ye ...mak oi jasad mereka.. Jasad mereka pun sama dengan jasad kita nauzubillahiminazzallik.Aku refer penyakit mereka yang sama dengan manusia.

Jadi aku tulis tajuk bantal panas kucing sejuk sebab sekarang ni musim sejuk, musim hujan ,musim tengkujuh jadi kucing-kucing yang datang klinik kebanyakannya sebab selsema .Manusia kalau sejuk boleh juga perkena teh atau kopi panas atau sup panas dan apa-apa saja yang panas untuk dimasukkan dalam badan mereka di samping pakai baju tebal tapi kucing-kucing ni tak boleh makan dan minum benda panas jadi kita boleh panaskan mereka dengan sesuatu dulu vet sebelum ada bantal panas yang di charge dgn elektrik akan masak air b dan masukkan air panas kedalam sarung tangan plastik dan letakkan pada badan-badan kucing yang punyai suhu badan rendah tapi sekarang dah jumpa bantal panas tu kerja jadi lebih mudah.

Oh ya hari ni Tiger datang klinik . Terkejut juga tenguk keadaan Tiger yang agak kurus dan tak terurus ,yalah di klinik warganya bukan ada kerja lain kecuali mengadap kucing2 ni sebb tu kucing-kucing yg tinggal lama di sini akan jadi comel lote dan kiut miut . Aku ingat nak buat satu kad member untuk kucing2 yang lama tinggal di klinik ini ..mungkin boleh dapat free grooming ke sebulan sekali ..



Thursday, December 20, 2012

Action speaks loud and clear

Ini first time Labu cuba kejantanannya ...tapi sebelum gambar ni diambil kucing betina ni telah menghilangkan diri bila aku keluarkan dia dari kandang ,cari sampai berpeluh-peluh tak jumpa maklumlah dalam klinik memang banyak tempat hiding ...sampai aku jadi panik ,tanya sana ,tanya sini..akhirnya aku beralih pada Allah Yg Maha Esa dengan melakukan sholat hajat, baca surah  Yasiin dan Fatehah pada pukul 1.30 pagi serta bernazar kalau aku jumpa semula kucing tu aku akan puasa esuknya satu hari.

Dan Allah itu Maha pengasih dan Mendengar dalam aku sedang membaca surah Fatehah mata aku pun ternampak kucing betina itu keluar dari celah antara besi kandang dan pintu papan yang tersandar di tepinya. Sedangkan tempat itu juga aku dah lihat berkali-kali termasuk Doktor Shima dan Nisa.Aku panjatkan syukur dan terus sholat taubat mohon ampun kerana otak jahat dan kelirukan akan membuat bermacam-macam andaian salah .

Dan paling gembira bila esuknya kucing itu berjaya dipikat oleh si Labu dan gambar2 di atas sebagai bukti rasmi hubungan mereka.

Monday, December 17, 2012

Beza antara Kucing Jalanan dan Kucing Rumah

Seminggu bercuti tinggalkan klinik ,semalam (Isnin) baru balik.Kali ini ada tetamu istimewa ,bapa Vet sendiri.Macam biasalah klinik penuh dengan penghuni berkaki empat,itu yg bernasib baik yang kurang ,mungkin dah tinggal tiga atau dua.

Alhamdulillah,panjat syukur pada Allah swt kerana klinik ini masih diberi penghurmatan merawat kucing2 yang sakit dan ada juga tumpang  letak untuk dijaga sementara Tuan mereka terpaksa keluar daerah.

Aku dapat tahu kucing2 yang banyak kali ini datang dari satu pertubuhan NGO ,dan presidennya memang aku kagumi sebelum klinik ini dibuka lagi ...kadang-kadang aku termenung sendiri mengenang perjalanan hidup yang Tuhan aturkan .Sungguh mudah kalau dimudahkan Nya.

Ok  berbalik pada tajuk di atas ...semlam seperti biasa ketika urusan mencuci kandang bahagian belakang ,semua kuching-kucing kami lepaskan keluar....waktu inilah aku perhatikan kerenah kucing-kucing tersebut ...lepass je keluar semua menuju mencari air samada di atas lantai yang bertakung air atau di luar klinik .Jenuh pula kami angkat sekur demi sekur ke mangkuk air bersih dan makanan yang disediakan.

Bukan itu saja lepas makan dan minum ada yang akan keluar dan relaxed betul-betul di tengah jalan , sebelah kedai cuci kereta pulak tu ...gaya nak bunuh diri pun ada.Akhirnya aku kena tangkap dan masukkan semula ke dalam kandang walaupun mereka mengiau minta dibebaskan.Mahal betul harga sebuah kebebasan pada hari ini.Semuanya nak ditangkap semuanya nak dibunuh.

Ada pepatah mengatakan orang sakit kalau masuk hospital dia bertambah sakit betul ke? 
 

Saturday, December 1, 2012

Sireh pulang ke ganggang,Gebu pulang ke klinik...

Masa aku berada kat MAHA , anak dapat phone call mengatakan budak perempuan yg adopt Gebu datang ke klinik bawa Gebu yang semakin serius dengan penyakit fungusnya. Doktor suruh Gebu diserahkan semula penjagaan kpd klinik ..semalam Gebu dah dimandikan dengan medicated shampoo...gambar kat atas baru lepas kena blow ..Hari ni Gebu dah ok sikit ,bulunya dah kembang dia dah mula main sambil tu tak lupa curi makanan dari kandang kucing lain..cepat sembuh jadi gebu ya Gebu.

Tuesday, November 20, 2012

Gembira tapi sayu ..selamat jalan Gebu.

Hari ni Gebu dah ada orang ambil untuk bela, alhamdulillah. Agak lama juga 2 orang budak perempuan yg datang ke klinik ini mengambil masa memilih kuching mana untuk diambil sebagai pet . Akhirnya mereka pilih Gebu walaupun zahirnya kulit Gebu taklah gebu sangat sebb dijangkiti funggus .Begitu juga bahagian telinga dan kuku kakinya . Matanya sebelah kiripun tiba2 dijangkiti sakit mata.

Namun nasib Gebu baik mungkin juga setelah dengan pro dan con gaknya seperti penyakit funggus atau kurap boleh diubati walaupun boleh berjangkit .Lagi satu Gebu memang senang dijaga , tak memilih makanan ,malahan semua makanan dalam  kandang kucing lain diintip dan di cekaunya dari luar macamlah kita tak pernah bagi dia makan.

Apa2pun aku akn miss kehadiran dia atas sejadah ku ketika aku sembahyang dan juga kehadiran badannya yang kecil ketika memanjat badanku dan bertenggek atas bahu setiap kali aku selesai sholat tapi paling sedih Melur akan kehilangan Gebu yang seolah2 ,adiknya ,kawannya dan pasangan tidurnya ...Melur tak lagi akan jumpa Gebu untuk menjilat-jilat bulu si kecil itu tak lagi ada pasangan bermain permaianan bola dalm klinik ..aduh sayunya aku...

Saturday, November 17, 2012

Masa Untuk Rihat


Alhamdulillah  sehari berlalu . Sekarang pukul 10.40nmalam ,masa untuk aku berihat . Sebentar tadi sesudah pulang dari mengikuti anakku ke KL rumah client untuk vaksin kucing2nya kami ,termasuk kawan anakku sempat berhenti ke Kg Bahru makan steak HR . Makanannya amat lumayan jika dibandingkna dengan harga standard 13 -14 rm sebb dagingnya besar dan sos nya banyak dan pekat siap ada jagung manis ,coleslaw dan mashed potato.

Sampai rumah dah penghujung maghrib..oh ya lupa nak cakap kami juga bawa balik 2 ekur kucing sphinx ,sorry kena check balik ejaannya.Tapi ini first time tenguk kucing yang rupa macam anjing kena kurap secara dekat..

Ok balik semula dengan tajuk masa untuk aku berihat maksudnya aku terpaksa masukkan semula kucing2 yang aku dah lepaskan tadi ke dalam kandang supaya aku dapat tidur dengan aman ...Itam dah ,Melur dah,Gebu Dah, Shadow dah ,Cico dah ,dua ekur anak kucing yg bulu rintik2 macam Puma dan Marble tu pun dah, Labu pun dah dia yg paling awal sebb suka usik anak2 kucing kecil .

Aaah lega rasanya  ,masa untuk bentang tilam toto siap dengan bantal dan selimut untuk aku rebah bila2 masa . Tapi sebelum tu mesti mengadap computer tenguk fb kalau2 ada latest mesage dari kawan-kawan,anak-anak atau saudara  , bila aku toleh je kebelakang  Melur dah ada atas toto ku siap bunyi purrriiing lagi ,rupa2nya aku tutup kandangnya tak rapat ...oklah melur rezki kamu dapat tidur dengan aku malam ni.Kruhkruh,purpurpur ...dia tak kisahpun kalau aku arahkan belakang bontot aku pada dia asalkan dia dapat tumpang sekaki..



Tuesday, November 13, 2012

Hari Kuching ?

Semalam Isnin ,klinik memang tutup dan hari ini hari raya kaum India sehari lagi klinik tutup tapi kerja di klinik berjalan seperti biasa sebb dlm klinik masih ada beberapa ekur yang tinggal untuk boarding dan ada juga 2 atau 3 ekur yng memang ada kes dan kena ward.

Sebelah pagi talipon asyik berdering ,saya rasa macam lemas kerana Vet tak mahu angkat ,reasonnya senang ini waktu cuti dan rihat dia ,sebagai ibu aku kena paham mana ada pekerjaan dalam dunia ni yang langsung tak boleh rihat jadi aku pun biar saja bunyi talipon tu mati sendirinya.

Dalam diam tak diam dah 4 bulan klinik ini beroperasi ..belum lagi cecah setahun jagung .Namun syukur Alhamdulillah setakat ini rekod pesakit cecah 250 nama. Kami pun baru dapat new vet yang sedikit sebanyk boleh bantu anak dalam menangani kes  bila banyak.

Oklah cuma nak cerita dalam dua hari ni aku terkejut juga bila tukar pasir sebelah malam dan pagi esuknya  berlambak2 najis kucing kalau timbang kilo mahu dekat 2 kilo kot .Kira punya kira kuching yang ada dlm klinik tapi tak bertuan mencecah 10 ekur .Biasanya kuching2 ini akan dikeluarkan dari kandang selepas isya ....Ada orang yang letak kuching ini tinggalkan sedikit ongkos dan biarkan  langsung tidak bertanya khabar ..masih lagi ok tapi ada jga tuan yang malas bela letak terus tanpa bagi satu sen pun kecuali kandang kucing tersebut. Dan ada juga kes kuching jalanan accident dan  dibawa ke klinik walau semua kos rawatan ditanggung mereka tidak mahu membela nya .Kuching-kuching ini pun masih ada di klinik sampai sekarang.

Masaalahnya klinik tidak boleh menampung kuching2 terpinggir ini dalam angka yang banyak.Masaalah bau najis yang kuat amat membimbangkan tambahan jika staff bercuti. Belum lagi masuk kos makanan dan pasir mereka, ruang yang sempit ,kuching bergaduh dll ...Apa yg pihak klinik harapkan agar mereka yang ingin melepaskan(tanggung jawab) kuching2 mereka ambillah iniatif sendiri seperti mencari owner baru ,iklankan atau bawa ke tempat2 yg ramai orang dan tunggu sampai ada yg mahu ,mungkin ada manusia2 yang berhati mulia  yg mahu mengambil dan membela mereka ,mudah2an sifat murni ini dapat pahala yang setimpal dari Allah swt ..




Thursday, October 25, 2012

Selamat Aidul Adha

Esuk Aidul Adha. Klinik Kitty's Cottage cuti ,tapi Dr Veterinar tak dapat nak cuti sebab ada pesakit yang perlu dirawat .Esuk semua staff termasuk aku pun akan bercuti.

Untuk catitan ku ,hari ini ada insan yang baik hati datang dan sudi ambil Gigirl dan Ranjoli sebagai keluarga mereka . Semalam pun ada orang bawa 3 ekur kuching dua dah matang seekur masih kecil tapi biasalah yang kecil lebih senang memikat hati manusia jadi yang 2 ekur remaja tu masih ada.

Semua kalau dikira yang masih belum ada keluarga masih ada 5 atau 6 ekur .kebanyakannya orang letak tapi ada juga seekur tu anak perempuan aku pungut kat jalan ,yang namanya Kapas atau cotton tu. Comel sungguh dengan perutnya yang boyot sebb kuat makan . Bulunya halus dan dia amat suka bermain...tapi sayang lepas seminggu  cucuk vaksin dia terus menunjukkan reaksi yang amat menyedihkan ...akhirnya dia tarik nafasnya dalam pelukan aku di dalam bilik sholat tempat dia suka bermain.Nisha tanya Mak cik tak sedih ke ,aku jawab mungkin dah imun jadi sedih ku hanya seketika iaitu ketika dia sedang nazak dan bertarung dengan maut.

Oh ya dah terlanjur tersebut nama Nisha ,dia staff baru Klinik Kitty's Cottage . Orangnya rajin dan peramah .Pengetahuanya pasal kuching amat banyak maklumlah dia pernah bela pada suatu masa sebanyak 86 ekur kuching sebelum kuching tu di serang virus pavo..kini cuma tinggal 36 ekur saja kalau tak salah.Semua kuching terbiar dia akan ambil dan ada setengah orang akn ambil kesempatan meletak kuching-kuching terbiar yang mereka jumpa ke rumah Nisha tak ke diaorang kesian pada Nisha . Bukannya satu kerja mudah menjaga kebajikan haiwan-haiwan ini.Apapun Allah swt sahaja yang dapat balas semua kebaiakan Nisha terhadap haiwan2 ni.

Tuesday, October 16, 2012

Hati-hati

Masa aku menulis ni aku baru je habis rutin mengemas klinik time untuk aku rehat sekejap dan serahkan pada staff yang baru sampai .Paham2 je lah kuching pun macam manusia bukan boleh set time bila nak melepas jadi sepanjang hari mesti ada je yang meruah berak jadi tiap2 masalah kena check dan cuci kandang.

Dalam bilik sholat yang bersebelahan dengan bilik operation nilah aku mengadap lap top manakala Cotton ngan Labi sedang bekejar2 ,comel sungguh tenguk gelagat mereka ..tak de masaalah langsung ,nak makan ada orang kasi makan ,nak berak pun ada jamban nak main ada kawan nak tidur pun dah ada favorite spot masing2. Kalau si Labi belakang komputer ,si cotton pula semalam atas penyapu ruman ,si Labu mesti atas meja dan Nyet pula lari masuk tidur dalm toilet mungkin tempat tu paling gelap dan sunyi.

Tajuk aku hari ini ialah hati-hati sebab pagi tadi dalm pukul 7 seperti biasa aku akan bukak pintu shutter kat belakang untuk cuci kandang dan tray najis kuching .Aku pilih pukul 7 sebab hari dah cerah tapi kedai cuci kereta sebelah belum beroperasi lagi sampai pukul 8pagi cuma klinik si Ishak beroperasi 24 jam .Waktu ni senang aku nak pergi buang sampah tanpa perlu lihat orang kedai cuci kereta tu .

Dalam aku dok asyik mencuci dan menyapu tiba2 muncul je lelaki India linkungan umur 30han tanya aku ", Kak,dalam ada tandas tak ?" Aku berdiri tegak tenguk muka dia ,sambil tenguk ke arah tandas . Tahu jelah otak aku walau berfikir tapi agak slow ..dia sekali lagi tanya soalan yg sama. Aku fikir sama ada dia benar2 terdesak atau dia nak merompak tapi bila aku tenguk seluarnya dah tak berzip aku syak dia flasher jadi aku terus angkat cangkul yang ada sebelah aku terus cakap dangan dia ,"Awak nampak ni?"

Dia jawap ,"Saya cuma tanya ada tandas ke tak de ?" .Aku tak nampak pun muka terkejut atau jawapan terkejut dari dia jadi aku kata ,"Awak pergi cari kedai 24 jam sana!" ..Dia terus naik motor dan pergi aku cuba keluar nak tenguk no plat motornya tapi tanpa spek mata no apa yg boleh aku nampak.Aku tak tahu apa kemungkinan2 yg sebenarnya tapi macam aku kata aku agak slow dalam berfikir sepatutnya aku dah agak dan jangan bagi dia peluang tanya dua kali ,namun aku harap aku dapat bagi dia warning jangan main nak tumpang je tandas orang cari lah restaurant ke petrol station ke atau habis sangat masuk je dalam semak.

Tuesday, October 9, 2012

Busuk

Baru2 ni aku kena balik Taiping untuk repair rumah sebb dah confirm nak buat homestay jadi kenalah buat touch up sikit almaklumlah rumah lama. Dua minggu aku kena tunggu rumah ,itu pun dalm dok tunggu banyak kerja yang tak betul aku suruh ulang semula.

Lepas je selesai pasang grill tingkap kami pun (aku ngan anak) bertolak balik ke Shah Alam pada hari Sabtu selepas sholat Zohor. Sampai sana klinik Kitty;s cottage dah nak tutup ,si Doc kena hantar pembantunya yg juga vet pulang ke rumah dia.Jadi dah tak de sape kat klinik tu.

Sampai je kat pintu klinik memang terkejut dengan bau kencing kuching yg menyucuk  lubang hidung aku ,astaghfirullah. Staff dan Doc tak dapat bauke? .Masa masuk ke tandas aku lihat banyak kain towel terendam dah mula berlendir jadi aku keluarkan dan bilas dengan air bersih sebelum aku masukkan dalm mesin pembasuh otomatik..Dulang2 yang ada air kencing aku keluarkan dan bersihkah ...begitu juga dengan dulang pasir..dan akhir sekali aku bakar potpouri agar aromanya meneyelubungi semua ruang lintup klinik tu .

Kami tidur di klinik malam itu ,kerana letih aku tidur nyenyak sekali . Terjaga waktu sholat subuh dan terus mandi serta ambil wudhuk .Kemudian operasi setersunya bermula ..Kutip semua sampah ,keluarkan semua bekas makanan kuching . Keluarkan dulang pelapik kandang dan juga dulang pasir. Kemudian aku akan kira berapa kandang dan isikan makanan dalam bekas makanan baru dan masukkan semula dalm kandang kemudian isi kan air guna jug yg muncung panjang . Selepas selesai satu bab aku akan cuci tray dengan guna pancutan air kemudian letak semula pada kandang kucheng .

Akhir sekali yang paling rumit ialah nak buang najis dalam pasir ..yang ini kena pakai codok seperti penapis . Mula2 najis yang aku codok aku buang dalam tong sampah yg ada plastik hitam tu ,kemudian pasir yg masih ok aku kumpulkan dalam satu bekas kerana pasir ini akan ditambah dengan pasir baru untuk dipakai pada hari seterusnya.

Semua bekas pasir ini akan di sembur dengan air sampai cuci dan dibiarkan kering sebelum dimasukkan pasir baru untuk sesi seterusnya...Kalau aku ada di klinik Insyaalah kucing2 yang ada dalam kandang tu tak akan berak berterabur sebab seperti manusia kita mesti tahu rutin mereka atau sekurang2nya perhati gelagat mereka kalau dah tercakar2 tu tanda nak berak atau kencinglah jadi cepat2lah bawa jamban dlam kandang ...


Sunday, August 12, 2012

Saying goodbye is hard


Akhirnya sampai juga waktu aku akan berangkat ke Mekah ,ia itu hari ini penerbangan pukul 4 ptg dan aku berserah diri sebulat nya pada Yg Rabb , mudah2an semua yang aku tinggalkan iaitu anak-anak dan harta ku dalam keadaan selamat sehingga aku kembali.Minta2 semua lakukan kewajipan mrk dengan penuh bertanggung jawab. Semalam macam biasa week end aku ngan anak2 tidur di klinik kemudian sewaktu pulang lepas mandi kami join dengan keluarga besan berbuka puasa di Putra Jaya Convention Center ,disamping ada orang belanja aku makan ,dapat juga hadiah berupa maxi dan seluar putih yg bersulam campur duit raya ,aduh tersentuh betul perasaan ni tapi tak dapat nak tunjuk . Seabelum tu di klinik aku dapat berjumpa semula dengan Iron bila tuannya lagi sekali bawa dia ke klinik untuk boarding sampai hari raya. Sedih sungguh lihat keadaan iron yang semakin kurus. Bila aku gosok tubuhnya dari atas kepala sehingga ke bawah badannya ,aku cuma rasa lekuk2 dan benjolan tulang keras ,langsung tak temui isi hanya kulit dan bulu yang masih melekat pada tulang2 keras tu ,astaghfirullahalazim . Iron tak lalu makan kecuali secara paksa.Sebaik saja tamat waktu business aku keluarkan iron dari sangkar mulanya dia tak dapat berjalan dengan tegap mungkin lama sangat dalam sangkar tapi akhirnya dia dapat berjalan..suka sangat dia explore klinik tu walaupun dia akan berihat selepas beberapa langkah berjalan . Dalam dirinya itu aku masih lihat ada semangat teruskan hidup walaupun dlm apa keadaannya . Dia masih suka kalau bulunya di gosok,that's the best part ,knowing someone cares for him . Ok lah rasanya lepas entry ni mungkin lambat pula akan ada entry baru...my doa semoga Kitty's Cottage akan terus berjaya merawat dan menyelamatkan binatang2 manja dan comel ni and "Iron be strong ,Insyaallah we will meet again in 3 wks time.Wait for me OK."

Tuesday, August 7, 2012

Penginapan Kuching

Semasa di klinik cuma ada 6 sangkar yang berpenghuni.Hari Isnin warga klinik bercuti jadi kamilah penggantinya sebagai latihan awal untuk membersih sangkar2 kuching tu.Tak lama lagi hampir 30 ekur tetamu yang dah booking sangkar2 tu untuk Hari Raya akan menghuni klinik ni jadi kenalah siap sediakan. Bangun je pagi-pagi ,semua bekas makanan dan bekas pasir akan di keluarkan dari sangkar . Dulang pelapik sangkar pun jika kotor akan dikeluarkan untuk dicuci .Pasir yang ada tahi akan di tapis dengan penapis dan akan di tambah dengan pasir baru. Bekas makanan dicuci dengan air dan dikeringkan sebentar. Setiap sangkar akan dilapik dengan kertas ,jika kertas koyak atau kotor juga akan diganti . Kemudian bekas pasir akan diletak semula begitu juga dengan bekas makanan.Hanya enam bekas pasir dan bekas makanan pun kerja agak kelam kabut contohnya bila buka je sangkar kuching keluar dan lari merata-rata. Sekarang dah tahu sebelum keluarkan bekas makan transfer kuching tu dulu ke kandang kosong .

Pembantu yang kuat tido ,dimaafkan kerana kerjanya dah beres....

First Bite

Teruja sangat dengan sifat anak buaya ni akhirnya jari aku jadi mangsa..tapi aku tak salahkan dia ,aku ynag cuai dan tak tersngka ynag anak buaya ni boleh lompat  dan menyambar ,bukan dapat ikan yang aku pegang  tapi jari aku !!

Pengalaman

Masa aku dapat tahu harga grooming untuk sekur kucheng bulu pendek sekian2 aku boleh cakap dalam hati amboi mak sanggup tuan kucheng tu hantar grooming . Kalau akau cuci sendirilah macam apa aku dok buat kat kepala aku sendiri potong rambut sendiri shampoo sendiri tak kuasa pergi kedai. Tapi masyaallah baru aku tahu susahnya nak handle kuching ni . Boleh katakan semualah dia tak suka ,tak suka orang basahkan bulunya ,tak suka orang shampookan bulunya, korek telinganya ,potong kukunya ,malahan bunyi blower panas pun dia tak suka ..jadi sepanjang proses tu asyik kena peluk dan pujuk2lah.
Ini tangan aku yang kena cakar tapi bukan waktu grooming ,waktu vaksin kuching.
Ini waktu nak kasi kuching jantan yang lebih mudah dari kuching betina sebab kantung benihnya di luar .

Ubat bius yang di beri ambil masa tak sampai 15 minit untuk kuching ini pengsan dan lebih kurang 20 minit untuk dia sedar semula ....

Monday, August 6, 2012

Panik Kuching Hilang

Minggu lepas Hari Isnin cuti bagi kawasan Selangor jadi aku tidur kat klinik selama 3 malam. Jadi dalam 3 hari 3 malam di klinik tu macam-macam lah pengalaman dan cerita yang aku nak kongsi bersama. Mula2 nak bagi tahu tujuan utama aku kat klinik tu sebab Vet Sara sedang bercuti mulai hari Sabtu jadi aku ni sebagai pembantu anak aku ala-ala bidan terjun lah. Terujanya nak pegang title assistant tu. Hari pertama sampai Shah Alam iaitu hari Jumaat petang terus pergi cari washing machine. Apa tak nya, dah tak larat lah nak basuh kain tuala klinik yg terkena darah,muntah ,najis ,ubat dan lain2 pakai tangan.Lepas dah order baru masuk klinik .Waktu tu staff sedang sibuk tenguk jam maklumlah,dah hampir time balik.

H
Kucheng sekur ni adalah antara 4 ekur kucheng jantan yang nak dimandulkan selepas subuh .Semalam sehingga waktu kami bangun sahur dia masih ada tiba2 je sampai waktu nya untuk di bius kucheng ini terus lesap . Jenuh kami bertiga mencari di semua ruang bukan sekali tapi dah masuk 3 kali sampai anak terpaksa pergi cari di luar kedai mana tahu kalau ada bekas tapak kaki dia .Dah macam inspektor conan pulak . Aku pulak check dalam jamban bahagian tingkap  kot2 ada bulu dia yang tersangkut kat celah kaca tu .

Kami mula panik dan cuba fikirkan  apa  patut kami buat dan ketika itulah anak ternampak sesuatu bergerak di belakang tin-tin makanan yg tersusun atas rak . Huish lega sungguh.

Sunday, July 29, 2012

Selamat Jalan Ipot.

Dah seminggu tak jenguk klinik macam berkurun lamanya ,apa tidaknya dalam seminggu itu macam-macam kisah yang boleh berlaku. Dengan sedih aku  menerima berita melalui pesanan ringkas bahawa Ipot dan Uda dah tiada. Maksud aku bukan dah pulang kepada tuannya tapi pulang menemui PenciptaNya. Aku sedih ? Macamana pula dengan tuannya ?Jawab anak ku tuannya menangis tak henti-henti menyesali diri kerana meletak Ipot di situ. Sememangnya tempat Ipot bukan di situ tapi kalau Ipot tidak ke situ aku tak akan mengenali Ipot . Mudahan ada hikmah untuk tuannya .

Ipot memang seekur kuching yang sangat istimewa. Aku amat terkilan apabila Nina menolak keinginan Ipot untuk bermesra . Aku tak nafikan dalam dunia binatang pun yang betina akan memilih siapa yang bakal menjadi bapa kepada anak-anak mereka . Mereka akan memilih yang berani dan kuat untuk survival baka mereka . kasihan Ipot tak berkelip matanya bila memandang Nina sedang mengedik2 depan Ginger. At that moment i wished of finding him a nice partner . Rupa2nya aku tak berkesempatan....

Kesudahannya aku buat rumusan  di klinik ini ada nyawa binatang yang dapat diselamatkan tapi ada yang tidak .Seperti Doktor manusia juga kerana ,mereka bukan Tuhan.Mereka hanya dapat lakukan yang terbaik atas rasa tanggung-jawab. Apabila berjaya mereka rasa amat puas tetapi bila gagal memang nampak down .Untuk Tuan Ipot ,memang akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkan rasa sedih dan rindu namun saya amat yakin memori Ipot akan sentiasa indah dan tersimpan dengan baik dalam diri Puan.

Monday, July 23, 2012

Selamat Dari Virus

Dah lupa nama kucheng ni ,masa datang ke klinik ada dua ekur ,yang seekur demam dan yang seekur cirit .. dua-dua kena kuarantin. Sebab tu tak berani dekat dan main2 dengan mereka. Sedaranya tak dapat diselamatkan kerana virus dah menular sebelum datang . Pada mulanya seperti kucheng ini juga dijangkiti dengan cirit biri tetapi lepas seminggu tahinya mula ok semula kata Vet nampaknya anti bodynya kuat melawan virus tersebut~ mudah2an dia sembuh 100%. Tuannya bilang ,4 ekur kucheng yang tinggal di rumah nya juga sudah mati kerana chirit-birit dan muntah.

Ginger's Lunch's being Ambushed

Makanan Ginger memang spesial sikit ..dia tak akan makan selagi tuannya tak gaul makanan basah dalam tin  yg tuannya  simpan dalam peti ais tu. Makanan tu sebenarnya untuk patients yang tak lalu makan atau yg giginya masih tak kuat nak mengunyah..Walaupun Ginger tahu dia tak peduli setiap kali tuannya buka peti ais dia akan cepat2 datang dan jadi penghadang pintu itu dari tertutup  .Hmm hari tu  masa tuan nya bagi dia makan semua penghuni KC masih ada di luar ,jadi apa lagi bila terbau saja makanan Ginger yg spesial tu Che Tam ngan Uda terus serbu ,Ginger tak marah tapi dia langsung tak bagi peluang untuk che Tam dan Uda makan sebb muka dan kepalanya yg besar tu  muat2 untuk saiz mangkuk makan tu. Haha kesian Tam ngan Uda!

Sunday, July 22, 2012

Ipot Dapat Tilam Baru

Oh ya ,semalam kami empat beranak tidur di klinik ,aku ngan ayum tido atas sofa bed manakala yang dua lagi bentang tilam toto ..ada dua ekur kucheng yang paling suka sangat pada tilam toto kami ni , Si Tam dengan Ipot. Jadi esuknya aku cakap ngan vet untuk jadikan satu pet's bed yang atas rak tu digunakan untuk penghuni klinik ,tanya harga atau unit kos ,mahal juga tapi aku kata tu kira long term investment lah ..motto klinik ini,kita kena anggap haiwan juga mempunyai perasaan yg sama spt manusia...bila aku letak je pet's bed tu atas lantai Ipot pun naik dan duduk macam dialah yg booking terus tak mahu bangun2..tak apelah kataku bagi je peluang pada dia dulu...lagipun dia nampak sungguh comel sayangnya bateri kamera ku dah lemah tak dapatlah tangkap gambar Ipot yg sedang baring2 santai tu ,lain kali insyaallah.


Kucheng yg ku panggil Iron

Semalam Kucheg yg aku panggil Iron tu dah mula makan .Rupa2nya bila Vet buat routine check up ,didapati hidungnya tersumbat .Setelah dicuci dan dibubuh ubat tiba2 je nafsu makan Iron datang ,mungkin dia teramat lapar maklumlah dah lama tak makan.  Manusia pun kalau tekak dia pahit atau hidungnya tersumbat mana nak lalu makan sebb bau makanan tak de ,dah lah tekak rasa pahit ,aroma makanan pun tak de jadi mana nak datang selera tu....Harap2 esuk Iron bertambah sihat lagi dan berselera makan.

Kiki Selamat Pulang

Yeah hari ini aku ikut anak ku pergi kerja di klinik Kitty's Cottage . Sampai lebih kurang pukul 10 pagi ,Vet Sara dan keraninya Nisa juga Pak Yen ,pembantu klinik dah pun sampai. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Hari ni dua patients dah balik ,seekur kucheng betina yg tuannya letak untuk dibuntingkan tetapi gagal kerana belum cukup gedik manakala seekur lagi kucheng jantan yang cedera  parah kerana dilanggar tak tau oleh kereta atau motor sebb tuan dia tak nampak ,cuma nampak kuchengnya saja yang terbiar berlumuran darah.

Kalau tak salah kucheng tu admitted pada 13 Julai dan semalam 21 Julai dia dah boleh keluar .Kata anak waktu tuan nya datang kiki terus menyahut panggilan tuannya ,begitulah walau dah seminggu berpisah perasaan rindu pada pasangan kucheng dan tuan ini amat kuat.

Masa datang dulu kiki mempunyai harapan tipis untuk selamat. .Kiki mengalami accident yg agak teruk. Mata sebelah kanannya terjojol keluar dan tidak dapat diselamatkan lagi dari buta . Manakala rahang dan gigi nya juga patah ,kiki akan mengalami kesukaran untuk makan .Di klinik kiki di beri drip dan ubat pain killer . Semangat kiki memang kuat kerana hari pertama dia dapat melepasi waktu kritikal dan hari ke dua dia  cuba bangun berjalan dalam keadaan kesakitan.

Cerita anak lagi, kiki datang dari Kuala Selangor ,sewaktu accident tuannya membawa kiki ke klinik vet di Meru tetapi  waktu beropersi telah tamat klinik dah tutup , mereka telah memberi nombor anak . Melalui talipon tuannya menangis mengenangkan nasib kiki ,Sebenarnya klinik kitty's cottage pun sudah tutup waktu tu   tetapi nasib kiki baik sebab anak masih ada dalam klinik.  Tuannya  terus bawa kiki ke shah alam bila anak setuju  melihat keadaan kiki.

Alhamdulillah kiki dah sihat sikit .Kita doakan kiki mempunyai semangat yg kental untuk meneruskan hidup dengan keadaannya sekarang.Saya yakin dia boleh kerana dia mempunyai tuan yang sangat menyayangi dia.Semoga jumpa lagi suatu hari nanti ,Insyaallah.


Friday, July 20, 2012

I Called Him Iron

Hari rabu  lepas mak sedara menantuku nak belanja  geng Mak Limah,makan luar. Geng Mak Limah terdiri  dari Puan Jam (besan) ,Kak Normah dan kak Nab kawannya dan Ina ,mak ucu si If dan aku sendiri,semuanya lima orang jadi sesuai sangatlah dengan panggilan mak limah tu untuk makan tengahari sebagai penutup bulan Rejab dan menyambut bulan  Ramadhan penuh rahmat.

Jadi lagi sekali peluang aku tidur kat klinik yg aku gelarkan hotel 5 paws tu.Kali ini aku nak cerita pasal new patient yg kalau tak salah namanya ialah iron.Aku dengar anak aku macam sebut PTS pada kuching tu ,walau aku tak tahu makna sebenar tapi macam paham apa yg anak aku maksudkan ...like puttosleep. Anak minta tangguh dua hari untuk tenguk perkembangan kesihatannya.

Masa aku angkat Iron yg duduk dalam carriernya dari atas meja ke lantai aku dah tahu Iron ni besar badannya diberitahu anak beratnya lebih 4 kilo walau sudah susut sekilo kerana tidak berselera makan. Penglihatannya juga kurang jelas sebab faktor usia . Iron bukan kuching yang jenis manja  atau friendly . Mungkin seumur hidupnya dia tidak dimanjakan langsung . Aku  buat andaian lagi, mungkin tuannya sibuk bekrja dan tiada masa untuk itu semua.

Apapun aku doakan moga Iron sembuh ,lalu makan dan sihat semula .